Cube TV Beri Kesempatan Buat Para Gamer Malaysia Menjadi Lebih Pro

0 1,016

BIGO sebuah syarikat internet yang paling pesat asal Singapura, melancarkan perkhidmatan terbaru, Cube TV pada 12 Jun 2018.

Perkhidmatan ini merupakan aplikasi yang menumpukan kepada keperluan gamer untuk penstriman langsung permainan mudah alih/mobile game di Malaysia dan pusat perbelanjaan keperluan gaming seperti voucher Steam maupun in-game item. Selain Cube TV, BIGO juga telah memiliki aplikasi berbasis live-stream dan video lain, yakni BIGO LIVE, LIKE, dan Hello Yo.

Cube TV menghadirkan kepada anda dengan teknologi canggih, dimana streamer dapat melakukan real-time video streaming berkualiti tinggi, dengan kecepatan yang sangat singkat. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk menonton live-stream dan video berkaitan dengan game eSport dalam kualiti Blu-Ray. Kualiti grafik dalam Cube TV memang sudah tidak diragukan lagi, kerana ia menggunakan kualiti Blu-Ray 8M dan 20M Full HD untuk video dan live-streaming.

Perkhidmatan ini bukan hanya untuk bakat e-sukan, tetapi juga untuk pembawa pengaruh permainan yang utama. Cube TV memberikan peluang bagi pengguna untuk menjadi pemain profesional. Dengan rancangan untuk melibatkan dan melatih beribu-ribu penyiar internet dari kawasan yang berbeza, Cube TV sentiasa menyediakan sumber yang diperlukan untuk membantu memulakan minat mana-mana penstrim. Tidak lupa juga, Cube TV sedang mencari bakat-bakat baru untuk peluang kerjasama pada masa akan datang. Bigo kini mempunyai dana berjumlah USD $272 juta untuk dilaburkan dalam platform ini.

Manfaat ini bukan hanya untuk streamer malah penonton juga turut mendapat faedah daripada penggunaan Cube TV kerana perkhidmatan ini memberikan berbagai-bagai insentif antaranya hadiah percuma, sistem penebusan mata, pusat beli-belah dalam talian, beribu-ribu video untuk ditonton dan banyak lagi.

Idea disebalik pembangunan aplikasi ini adalah untuk mewujudkan persekitaran permainan yang bertenaga di mana kami menyediakan peluang bagi pengguna kami untuk berinteraksi dan beradu kehandalan di arena permainan digital ini. Ia juga membolehkan mereka meluaskan kelompok sosial di mana mereka akan dapat berkongsi minat dengan orang-orang yang sealiran dengan mereka.

Dalam jangka panjang, Cube TV berharap dapat memberikan sumbangan kepada arena e-sports dan menggalakkan peluang bagi para pemain di Asia.

 

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.