3 Telefon Pintar Gaming Yang Bakal Menjadi Rebutan Gamers

0 1,225

Baru-baru ini, Xiaomi baru sahaja melancarkan telefon pintar gaming terbaru yang diberi nama Black Shark. Telefon ini dilengkapi dengan kuasa cip Snapdragon 845 dan RAM sehingga 8GB.

Sekilas pandang, ramai gamer yang akan tertarik dengan Black Shark kerana reka bentuk yang mempersonakan, dengan warna hijau neon pada jalur frame telefon didepan dan belakang. Selain itu, telefon ini dilengkapi sistem penyejuk 20 kali lebih optimum dari biasa, jadi pemain tak perlu risau semasa bermain game kesukaan mereka seperti PUBG Mobile atau Final Fantasy 15.

Telefon ini juga hadir degnan skrin 5.99″ HD Penuh 18:9 dan mempunyai kecerahan 550 nits, disamping kapasiti bateri yang besar.

Harga BlackShark 8GB+128GB  berkemungkinan di jual sekitar RM2,158 dan keatas.

Walaubagaimanapun terdapat 2 telefon pintar yang menjadi pesaing kepada Black Shark. Pemain boleh mempertimbangkan alternatif 2 telefon pintar ini iaitu Nubia Red Magic dan Razer Phone.

Razer Phone memiliki beberapa kelebihan dan kekurangan jika dibandingkan dengan Black Shark Xiaomi. Antara kelebihan Razer ialah smartphone Razer datang dengan 120hz yang smooth dan quad HD display.

Selain itu terdapat brand lain yang menjadi pesaing kepada Xiaomi dan Razer iaitu Nubia. Nubia merupakan sub-brand dari ZTE juga tertarik untuk membuat sebuah smartphone gaming. Pengeluar telefon pintar gaming China ini sedang mengembangkan produknya dan diberi nama “Red Magic”. Jika Red Magic berjaya dikeluarkan, ia akan menjadi pesaing hebat kepada Razer dan Xiaomi.

Nubia Red Magic juga membuat kenyataan bahawa telefon pintar mereka memiliki kemampuan memainkan seluruh game mobile dengan kualiti yang tinggi pada ketika ini. Smartphone ini juga seperti Black Shark yang memiliki sistem cooling mereka sendiri.

Berdasarkan khabar angin, Nubia Red Magic akan menggunakan chipset Snapdragon 845 Octa-core dan 8 GB RAM. Dijangka akan dilancarkan pada akhir bulan April 2018.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.