Game Metro Exodus Tidak Akan Dilancarkan Di Steam?

0 849

Ramai gamer yang kurang puas hati dengan berita ini iaitu game Metro Exodus yang dijanjikan akan dikeluarkan di Steam,malah ia akan dilancarkan di Epic Games.

Lagi 2 minggu, Metro Exodus akan dilancarkan, penerbit game, Deep Silver mengambil keputusan drastik bahawa Metro Exodus akan dihentikan jualannya di Steam dan akan dipindahkan ke Epic Games Store.

Bermaksud bermula hari ini, korang sudah tidak dapat beli game ini di Steam, menurut Deep Silver, Metro Exodus akan hadir di Steam pada Februari 2020. Tetapi buat korang yang ingin dapatkan game itu sekarang boleh membelinya melalui Epic Games Store.

Walaubagaimanapun, buat yang dah beli di Steam tidak perlu khuatir sebab anda tetap dapat mainkan game itu pada 15 Februari nanti.

Sebelum ini game yang dihasilkan Ubisoft The Division 2 juga melancarkan gamenya di Epic Games Store kerana tawaran yang lebih menarik. Apakah persaingan antara Valve dan Epic Games akan membawa kerugian pada gamers?

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.