Gusion Item Build – Super tangkas!!

0 1,692

Gusion berasal dari sebuah keluarga yang miskin dari negeri termiskin di dalam negara beliau. Sejak kecil Gusion telah diajar supaya berdikari oleh ibu bapa beliau yang selalu memberi nasihat berguna untuk beliau apabila besar kelak. Semasa kecil Gusion berdikari dengan menjual nasi lemak yang disediakan ibu beliau bla bla blab la ENOUGHHHHHH!!! Kita bukan nak baca asal usul kehidopan Gusion kan, kita nak tau camna nak gunakan Gusion yang Super Lincah ni, alaa macam korang selalu tengok opponent main nampak power tu kan, macam biasa korang main hehehe tak berapa nak menjadi kan, kadang-kadang terpaksa buat-buat disconnect nak tunjuk macam lag kunun kan haha. So kat bawah tu ada tips k, silakan lah baca, membaca jambatan ilmu.


Early Game: Permainan Gusion adalah korang kena pantas, sebab tu difficulty level untuk Gusion ni adalah tinggi, memang susah nak guna tapi padu. Apa yang pantas korang kena buat tu? Early game korang amik mid lane, kena selang seli clear kan wave minion dengan jungle mob supaya korang cepat naik ke level 4 untuk dapatkan Ulti. Korang takda masalah untuk clearkan minion dan jungle mobs kerana skill #1 & #2 Gusion memang pantas menghapuskannya. Bila dah ada Ulti korang boleh mula untuk support untuk gank di lane bersebelahan.
Mid Game: Push lanes dan kill Lord.

Tips:
  Mulakan dengan Hunter’s Knife (tidak perlu upgrade ke Lvl2) – +20% damage kpd jungle mobs dan 15% exp.
  Elakkan 1 on 1 enemy seperti Saber kerana Gusion tak boleh lari kalo kena Ulti beliau.

Nota Skill Pasif: Setiap spell yang dilancarkan akan menambahkan Dagger Runes, setelah mendapat 3 stacks basic attack seterusnya akan memberikan damage bersamaan 15% kehilangan HP lawan dan restore HP bersamaan 80% daripada jumlah damage.

Nota Ulti: Ulti boleh reset semula cooldown skill #1 & #2, so apa korang boleh cuba combo ni

  1. Skill #1 – untuk mark enemy
  2. Skill #1 – lagi sekali untuk rush ke belakang musuh
  3. Skill #2 – kesemua daggers akan mengena musuh
  4. Ulti – Teleport kepada musuh dan reset cooldown skill #2
  5. Skill #2 – sekali lagi kesemua daggers akan mengena musuh
  6. Skill #2 – untuk recall kesemua 10 daggers dan mengena tepat musuh
  7. Basic attack untuk kill musuh.

 

Item Build:

  1. CLOCK OF DESTINY (cost 1950)
      +60 Magic Power, +615 HP, +600 Mana
      Menambah 30 HP dan 5 magic attack setiap 30s sehingga 10 kali. Jika sudah mencukupi 10 kali, hero akan mendapat 5% magic attack dan 300 mana.
  1. WARRIOR BOOTS (cost 690)
      +22 Armor, +40 Movement SPD
      Pertahanan diri akan meningkat 5 bagi setiap basic attack yang diterima sehingga maksimum 25, berlanjutan selama 3s.
  1. CONCENTRATED ENERGY (cost 2020)
      +70 Magic Power, +700 HP, 30% Spell Vamp
      Regen 10% HP selepas membuat kill.
  1. CALAMITY REAPER (cost 1950)
      +70 Magic Power, +400 Mana, +10% Cooldown Reduction
      Setelah mengaktifkan skill, basic attack seterusnya akan memberikan tambahan true damage bersamaan 120% magic attack, cooldown 1.5s.
  1. HOLY CRYSTAL (cost 2180)
      +90 Magic Power, +25% Magic Power
      Magic attack akan meningkat 15% selepas skill mengena target. Penggunaan skill seterusnya akan tamatkan kesan ini. Kesan magic ini adalah selama 3s dan cooldown 10s.
  1. LIGHTNING TRUNCHEON (cost 2150)
      +75 Magic Power, +30 Mana Regen
      Setiap 6s, kebolehan magical damage akan terjadi untuk 150% magic damage maksimum 3 musuh.

Battle Spell: Retribution

Supaya korang dapat berkebun dengan sangat pantas.

Keterangan skill:

Dagger Specialist (Passive) – Setiap spellcast akan menambahkan rune kepada Dagger. Selepas runes mendapat 3 stacks, basic attack seterusnya akan memberikan damage tambahan bersamaan 15% kehilangan HP target, dan restore HP bersamaan 80% daripada jumlah damage.
Sword Spike  BLINK (Mana Cost: 70) – Melontar dagger ke arah tertentu. Memberikan 200(+80% Total Magic Power) magic damage kepada target yang pertama terkena dagger. Klik skill ini lagi sekali untuk blink ke belakang target dan attack memberikan 200(+150% Total Magic Power) magic damage.
Shadowblade Slaughter  AoE  (Mana Cost: 65) – Melontar dagger ke hadapan, setiap dagger memberikan 100(+50% Total Magic Power) magic damage dan memperlahankan musuh selama 2s. Klik semula untuk recall kesemua daggers, memberi damage 65(+40% Total Magic Power) magic damage.
Incandescence  BUFF    BLINK  (Mana Cost: 100) – Bergerak ke sesuatu tempat, dan pada masa yang sama skill ini akan reset cooldown lain-lain ability.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.