Hadiah Tahun Baru: Blizzard Banned 18,000 Pemain Overwatch!

0 992

Pada hari ini, Blizzard Korea Selatan telah mengumumkan 18,000 senarai pemain Overwatch yang terpaksa berdepan dengan hukuman dari Blizzard. 18,000 pemain tersebut telah dikenakan hukuman akibat tindakan salah laku yang mereka lakukan sepanjang permainan.
.

Senarai panjang yang diumumkan oleh Blizzard tersebut terdiri daripada kalangan pemain yang melanggar peraturan, pemain toxic, throw game, AFK, penggunaan kata-kata luncah dan racis dll. Hampir kebanyakkan daripada mereka adalah toxic player. Iaitu segelintir pemain yang selalu menggunakan kata-kata kesat. Mereka ini sama ada dikenakan hukuman banned, suspended atau ditarik hak milik akaun mereka.
.

Dahulu developer Ubisoft telah mengambil tindakan keras dengan banned pemain-pemain yang berperilaku begitu dalam game Tom Clancy’s Rainbow Six Siege. Kini giliran Blizzard pula mengikut jejak langkah Ubisoft.
.

Menurut Jeff Kaplan, director game Overwatch, ” pemain toxic masih menjadi masalah utama dalam kalangan pemain. Walaubagaimanapun, Overwatch Strike Team tidak akan duduk saja tanpa mengambil tindakan. Kami akan sentiasa mengesan akaun-akaun yang didapati mencurigakan.
.

Jika kita ikuti perkembangan perjalanan eSport game Overwatch, Overwatch sering terpalit dengan permasalahan pemain-pemain seperti ini dan hal ini telah menjejaskan nama baik Overwatch League.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.