7 Senjata Yang Digeruni Oleh Musuh Anda Dalam PUBG Mobile

0 4,427

PlayerUknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG merupakan permainan yang mendapat rating yang tinggi dalam kalangan pemain. PUBG juga hadir dalam versi mobile. Entry pada kali ini admin nak berkongsi perkara yang paling penting dalam permainan ini iaitu ‘senjata’. Cuma fokus adalah pada versi mobile.

Jika anda pernah bermain versi mobile dan PC, anda akan dapati hampir kesempuan senjata yang penting ada dalam versi mobile. Kebanyakkannya anda dapat jumpa di jalanan atau boleh juga didapati melalui air drops.

Permainan combat PUBG Mobile hampir sebagus permainan yang asal, dimana anda memerlukan ketelitian dan ketepatan. Pemilihan senjata yang tepat dapat menyelamatkan nyawa anda dan yang pasti untuk merebut gelaran chicken dinner.

Di sini ada 7 senjata yang terbaik dalam permainan PUBG Mobile yang admin dapat kongsikan.

1. AKM

AKM merupakan assault rifle yang paling popular dalam PUBG Mobile. Ada 2 jenis mode tembakan iaitu semi-auto dan full auto . Anda juga boleh equip senjata ini dengan scope.

AKM juga antara senjata yang dapat beri damage terbanyak berbanding assault rifle lain dalam game.

Jenis peluru : 7.62
Jenis marking/cap : 30
Kuasa : 42
Jarak : 60
Kestabilan : 34
Rate : 61

2. M16A4

Perbezaan terbesar M16A4 dengan AKM ialah M16 lebih tepat dan efficient dalam serangan jarak jauh. Tetapi tidak bermaksud ia tidak berkesan dalam jarak dekat.

Jenis peluru : 5.56
Jenis marking/cap : 30
Kuasa : 37
Jarak : 62
Kestabilan : 28
Rate : 81

3. AWM

Apa yang assault rifles tidak mampu buat, sniper rifles mamapu. Sebenarnya gandingan 2 senjata ini antara gandingan terbaik. Jika tidak mampu membunuh musuh dengan satu tembakan menggunakan sinper rifle, anda boleh gunakan AKM atau M16.

Tips untuk dapatkan senjata ini ialah tunggu air drop.

Jenis peluru : 300
Jenis marking/cap : 5
Kuasa : 100
Jarak : 100
Kestabilan : 34
Rate : 6

4. SKS

SKS jatuh dalam kategori antara sniper dan assault rifle. Ia sesuai untuk serangan jarak dekat dan serangan jarak sederhana jauh.

Ia mungkin tidak sekuat AWM dari sudut damage, tetapi SKS mempunyai ketepatan yang tinggi dan kestabilan yang bagus.

Jenis peluru : 7.62
Jenis marking/cap : 10
Kuasa : 50
Jarak : 64
Kestabilan : 48
Rate : 32

5. Tommy Gun

SMGs hanya bagus untuk jarak dekat kerana ketepatan yang tepat dan recoil yang rendah. Tommy Gun ini sesuai seabgai senjata backup jika anda mempunya peluru yang sedikit.

Jenis peluru : 45
Jenis marking/cap : 100
Kuasa : 35
Jarak : 46
Kestabilan : 31
Rate : 100

6. UMP9

Kalau anda tidak dapat jumpa Tommy Gun, anda patut pertimbankan UMP9. UMP9 merupakan senjata SMG kedua paling berkuasa selepas Tommy Gun.

Disebabkan model ini mempunyai recoil yang minimum maka lebih anda sampingkan silencer dan bunuh mush melalui semak-semak.

Jenis peluru : 9 mm
Jenis marking/cap : 30
Kuasa : 30
Jarak : 30
Kestabilan : 31
Rate : 62

7. S12K

Adakah S12K adalah shotgun yang bagus masih boleh diperdebatkan. Selalunya orang hanya gunakan shotgun di dalam rumah, di luar rumah, shotgun hampir tidak berguna. Kelebihan S12K, jika jarak sangat dekat, tembakan S12K dapat membunuh lawan anda.

Yang best S12K ialah ia mempunyai kadar tembakan yang laju bagi shotgun, paling terpatas dalam game.

Jenis peluru : 12 G
Jenis marking/cap : 5
Kuasa : 92
Jarak : 9
Kestabilan : 86
Rate : 15

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.