20 PC Games Baru Yang Bakal Ditampilkan Di E3 2018!

0 1,014

Tidak lama lagi, acara E3 2018 akan berlangsung. Bagi anda yang tidak tahu apa itu E3, E3 merupakan Electronic Entertainment Expo. Sebuah acara yang ditunggu-tunggu oleh gamers, kerana dalam acara ini industri games akan menampilkan barangan-barangan baru dan pengumuman yang mengiurkan.

Acara ini akan mempertemukan industri besar yang menerajui dunia games seperti Nintendo, Sony dan Microsoft. Para gamers menanti-nantikan pengumuman rasmi langsung dari mereka pada ketika ini.

Acara ini akan berlangsung dari 12 Jun sehingga 14 Jun 2018 yang bertempat di Los Angeles Convention Center. Ubisof, EA, Microsoft, Bethesda, Square Enix, Sony dan Nintendo akan menyertai acara ini.

Bagi anda peminat PC games, anda patut beri tumpuan pada acara ini, pada ketika ini banyak games baru yang akan dilancarkan.

Dalam entry ini, Team Moshed akan menyenarikan beberapa games yang telah confirm akan ditampilkan setakat ini. Di E3 2018, EA akan menampilkan game seperti Anthem dan Ubisoft akan mengeluarkan sequel The Division 2.

Berikut adalah senarai penuh PC games yang akan ditampilkan di E3 2018 setakat ini iaitu ;

  • 3 Minutes to Midnight
  • Anthem
  • Battlefield V
  • Call of Duty: Black Ops 4
  • Defiance 2050
  • Destiny 2 (new Fall update/DLC)
  • The Division 2
  • For Honor
  • Heavy Fire: Red Shadow
  • Home Sweet Home
  • Rage 2
  • Remedy’s unannounced game
  • Shadow of the Tomb Raider
  • The Sinking City
  • Skull & Bones
  • Strange Brigade
  • Tempest 4000
  • Transference
  • V-Rally 4
  • Warhammer 40,000: Inquisitor Martyr

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.