Ini Cara Untuk Main Mode Battle Royale Call of Duty: Black Ops 4 Secara Percuma!

0 1,173

 

Kejayaan game battle royale seperti PUBG dan Fortnite telah menyebabkan ramai industri gaming yang mula menaruh minat untuk menambahkan mode battle royale ke dalam game mereka. Antaranya ialah Call of Duty: Black Ops 4.

Game ini telah dikeluarkan oleh Treyarch pada 12 Oktober lalu. Ia berbeza dengan siri Call of Duty sebelumnya, kerana siri ini menawarkan mode battle royale.

Semalam Treyarch juga telah mengeluarkan peta terbaru bagi mode battle royale mereka. Peta ini memakai nama Alcatraz, sebuah peta yang berlatar belakangkan penjara terkenal di Amerika Syarikat.

Mungkin ramai dalam kalangan korang yang teruja untuk mainkan game ini namun belum berkesempatan. Ini berita baik untuk korang. Bermula hari ini, gamer-gamer telah dapat mainkan mode Blackout di Call of Duty: Black Ops 4 secara percuma. Percuma sehingga 30 April untuk platform PC, PlayStation 4, dan juga Xbox One. Jadi inilah kesempatan korang untuk mencuba game ini.

Untuk pemain PC boleh terus memuat turun melalui laman web Call of Duty disini. Manakala untuk PS4 boleh melalui PlayStation Plus dan Xbox One melalui Xbox Live. Maklumat lanjut boleh dapatkan di laman web Call of Duty.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.