Adakah PUBG Siri 2 Akan Hadir Nanti? Ini Jawapan Pereka Game PUBG.

0 1,497

Nama PlayerUnknown dalam industri gaming memang sudah tidak boleh dinafikan. Sehingga sekarang ia terus bergema. Game ini bukan sahaja bukan sahaja berjaya meraih jutaan gamer PC namun juga di platform mobile.

Ketika ini PUBG Mobile telah memiliki 30 juta pemain aktif setiap hari dan 200 juta kali game ini dimuat turun dalam jangka waktu dalam 1 tahun.

Antara orang kuat disebalik game PUBG ialah Brendan Greene yang merupakan pencipta/pereka game PUBG. Sebelum ini, Brendan Greene telah dilaporkan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya di PUBG Corp dan dikhabarkan beliau sedang menumpukan pada game seterusnya. Ramai yang bertanyakan adakah selepas ini akan hadir PUBG siri 2?

Akhirnya, Brendan Greene telah buka suara tentang persoalan yang ditimbulkan. Menurut Greene, tumpuan utama beliau kini ialah menyelesaikan projek khusus PUBG dengan divisyen baru iaitu Special Projects.

Lanjut Greene, beliau juga sudah penat dengan game bergenre Battle Royale. Bagi beliau, dia sudah selesai dengan genre tersebut dan tidak berminat untuk membuat PUBG siri 2.

Ketika ini Greene sedang mencuba untuk mengarap sesuatu yang baru. Lebih unik dan fresh. Sama-sama kita nantikannnya.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.