Ubisoft Meneroka Blockchain Dalam Dunia Video Game

0 793

Pengeluar permainan video Ubisoft mengumumkan bahawa syarikat mereka sedang meneroka kemampuan blockchain untuk menawarkan pemilikan ke atas barangan digital.

Ubisoft Entertainment S.A. ialah sebuah syarikat penerbit permainan video global Perancis. Syarikat yang berasal dari Carentoir (Morbihan, Brittany) mempunyai 26 studio di 19 buah negara dan syarikat-syarikat di 26 buah negara.

Seperti diketahui teknologi Blockchain memang menawarkan sebuah sistem jaringan yang efisien dari segi kos dan juga memiliki kelebihan keselamtan.

Keterlibatan pihak Ubisoft dalam pengembangan teknologi Blockchain untuk video game, bukan sahaja beroritentasikan trend dan teknologi, tetapi ia lebih daripada hal itu.

Pada beberapa hari lepas, pengarah makmal visi syarikat, Lidwine Sauer telah memberitahu laman berita gaming IGN berkenaan hal tersebut.

Menurut beliau, teknologi tersebut menawarkan kelebihan iaitu koleksi digital sebenar tidak boleh disalin semula dan ditiru oleh sesiapa. Sepenuh pemilikan adalah milik diri sendiri.

Bagi Sauer, blockchain menawarkan perlindungan terhadap sesuatu harta kreatif.

Sauer bersama ahli pasukan mempunyai cita-cita bagi aplikasi blockchain melampaui kandungan yang boleh dimuat turun (DLC). Menrut Sauer, Ubisoft sedang dalam proses untuk meneroka tawaran yang disediakan blockchain bagi menemukan perkara yang lebih menarik.

Dengan adanya blockchain, mereka dapat melindungi video game daripada disalin dan manipulasi daripada pihak tidak bertanggung jawab.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.