Pasukan GENEXSUS Meraih Gelaran Juara Dalam PUBG Mobile Club Open (PMCO) Malaysia 2019!

0 1,674

Baru-baru ini Tencent Games bersama-sama dengan PUBG Corp telah menganjurkan sebuah pertandingan PUBG Mobile Club Open (PMCO) 2019. Acara ini telah menawarkan hadiah berjumlah sehingga $2 juta dolar dan kini dinaikkan sehingga $2.5 juta dolar berikutan penglibatan VIVO sebagai title sponsor untuk pertandingan ini.


Pada minggu ini, acara PMCO telah berlangsung di Malaysia pada 4 April 2019 yang bertempat Quill City Mall, KL. Sebanyak 16 pasukan telah dipilih , 12 pasukan merupakan top 12 online qualifier dan 4 pasukan lagi merupakan pasukan jemputan PMNC. 16 pasukan ini dikhendaki berentap sesama meraka dalam pertandingan bagi merebut 5 pasukan teratas dan sekaligus akan mewakili Malaysia untuk bertanding di peringkat PMCO SEA Semi-Finals!


Sepanjang acara tersebut, sebanyak 6 pusingan telah berlangsung iaitu 3 pusingan untuk TPP dan 3 lagi pusingan untuk FPP.

Pada pusingan pertama, pasukan VIP Squad telah berjaya merebut gelaran Chicken Dinner dengan 44 mata mata dan 14 kills.

Pada pusingan kedua, nampaknya Genexsus kembali menebus kesilapanya pada pusingan pertama dengan berjaya memenangi Chicken Dinner.

Pusingan ketiga, Genexsus kekal kebal dan sekali lagi memenangi perlawanan tersebut. Dengan ini pasukan Genexsus yang sering dikaitkan dengan nama ahli pasukan BiuBiu berjaya mendapat 2 Chicken Dinner.

Pusingan keempat, merupakan pusingan pertama bagi acara FPP. Dalam pusingan keempat, Ghost Revenge telah bangkit dan berjaya merebut Chicken Dinner.

Dalam pusingan kelima dan keenam, nampaknya tuah jatuh pada Junior Talent apabila pasukan tersebut berjaya merebut gelaran Chicken Dinner dua kali berturut-turut.

Berdasarkan kiraan mata dan jumlah kills, pasukan Genexsus unggul di tangga pertama dengan jumlah kills sebanyak 59 dan 179 jumlah mata. Kemudian diikuti oleh pasukan VIP Squad dengan jumlah kills 38 dan jumlah mata 139. Disusuli oleh Junior Talent, kemudian Yoodo Gank dan akhir sekali Arov Esports.

Kesimpulan penuh adalah seperti berikut :

1st – Genexsus
2nd – VIP
3rd – Junior Talent
4th – Yoodo Gank
5th – AROV

Dengan ini pasukan Genexsus berjaya mendapatkan tempat pertama dalam acara PMCO Malaysia. Tahniah kepada pasukan Genexsus yang terdiri daripada BiuBiu, Alex, Potato Bang Bang dan Steward.

Tahniah juga kepada pasukan VIP, Junior Talent , Yoodo Gank dan AROV. Maka, dengan ini kelima-lima pasukan ini akan akan mewakili Malaysia untuk bertarung di PMCO SEA Semi-Finals.

Tidak lupa juga, tahniah kepada Alex yang merupakan ahli kepada pasukan Genexsus kerana berjaya memenangi gelaran MVP.

Buat anda yang ingin menonton perlawanan 16 pasukan boleh lihat di youtube PUBG Malaysia.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.