Honor Play – Telefon Gaming Dengan Kuasa GPU Turbo (Hanya RM1,249!!)

0 1,257

Mungkin ramai yang tertanya-tanya handphone gaming apa yang bagus, boleh dukung banyak game dan harga dibawah RM1500?

Ini berita baik untuk anda, terutama kaki gamer, semalam Honor Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar yang menumpukan permainan video iaitu Honor Play.

Apa yang menarik tentang Honor Play ialah peranti ini hadir bersama teknologi GPU Turbo yang mempunyai reka bentuk yang moden kelihatan stylo.

Honor Play hadir dengan skrin 6.3-inci FHD+ dengan rekaan bertakuk, dilengkapi cip Kirin 970, memori 4GB RAM dan kapasiti sebesar 64GB. Cip kirin 970 ini juga dipakai oleh Huawei P20, Honor 10 dan Huawei nova 3.

GPU Turbo ini berperanan meningkatkan kelancaran grafik peranti sehingga 60% semasa bermain game yang berat. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 30%.

Honor Play ini mendukung game-game seperti PUBG, Mobile Legend dan lain-lain lagi. Untuk anda yang peminat tegar game PUBG, peranti ini menawarkan pengalaman gaming 4D yang dinamakan 4D Smart Smart Shock yang berfungsi memberikan gegaran berbeza untuk setiap senjata dalam permainan PUBG. Ciri lain yang menarik ialah 3D Sound dan Game Suite, iaitu ia boleh menyekat sebarang notifikasi dan panggilan sewaktu aplikasi permainan dilancarkan.

Mungkin yang ada persoalkan, kalau untuk orang yang tak main game sangat macam mana?

Anda tak perlu risau, honor Play ini dilengkapi dengan Teknologi AI. Kamera utama mempunyai dwi lensa beresolusi 16MP + 2MP dengan sokongan LED flash, manakala kamera hadapan beresolusi 16MP. Mod potret, AR lens, Aperture, Panorama, Filter, Light Painting, Slow-Mo, Artist mode, 3D Creator dan banyak lagi pilihan disediakan.

Anda boleh dapatkan honor Play pada harga RM1249 yang hadir dalam pilihan warna biru dan juga ungu bermula 10 Ogos ini. Pembeli Honor Play juga akan menerima baucar PUBG Mobile bernilai RM60 atau freebies selagi stok masih ada.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.