Syed Saddiq – Esports Mall Pertama Di Asia Tenggara Bakal Diwujudkan

0 1,181

Baru beberapa hari lepas YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai Menteri Belia dan Sukan telah memuatkan satu tweet di Twitter beliau bahawa esports mall pertama di Asia Tenggara bakal diwujudkan.

Sebelum ini, YB telah mengumumkan bahawa e-stadium untuk esports sedang dibangunkan kini lebih mengejutkan esport mall akan diwujudkan sekaligus. Perkara seperti ini sangat bagus untuk arena esports. Dalam masa yang sama ia juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

YB mengulas bahawa e-stadium ataupun esports mall itu mempunyai pelbagai fungsi dan bukan saja sebagai tempat latihan. Ia bukan terhad kepada tempat gamers untuk buat latihan tetapi juga unutk pengembangan vocational education, coaching, gaming sofware development dan lain-lain lagi. Perkara ini akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Difahamkan ia adalah hab esports pertama di ASEAN yang merupakan hasil usahasama antara AirAsia dan Agrimind akan berlokasi di Klang.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.