Pasukan China Mengungguli Kejohanan PUBG Global Invitational 2018

0 1,267

Baru-baru ini sebuah acara besar iaitu PUBG Global Invitational 2018 telah berlangsung. Acara ini merupakan pertandingan terbesar game Player Unknown’s Battlegrounds yang menawarkan hadiah berjumlah 2 juta dolar.

Acara ini telah berjaya menarik minat ramai pasukan pemain termasuk pasukan profesional untuk ikut serta. Setelah beberapa peringkat saingan awal diadakan diseluruh pelusuk dunia, 20 pasukan akhirnya telah terpilih untuk berentap di Berlin.

Antara pasukan yang terlibat ialah Team Liquid, Team Gates,Gen.G Gold, Gen.G Black, Savage Esports, Chief Esports Club dan lain-lain lagi. Pasukan yang terpilih akan berentap selama 5 hari iaitu bermula 25 Julai sehingga 29 Julai.

Pada hari pertama Gen.G Black berjaya mengungguli dan diikuti dengan Team Liquid. 20 pasukan telah berentap dalam satu peta. Pada Game kelima, Gen.G Gold telah menunjukkan corak permainan yang cemerlang dan berhasil mendapat Chicken Dinner dengan jumlah kill yang banyak.

 

Walaubagaimanapun. Team Liquid tidak mampu menyaingi jumlah kill yang telah diperolehi pasukan Asia. Team Liquid telah berjaya bertahan sehingga akhir pada game keenam. Perlawanan antara 1 vs 1 dengan WTSG itu berlangsung dalam situasi yang tegang. Sayangnya, WTSG berjaya mendapatkan Chicken Dinner.

Bagi mod TPP, setelah dinilai segala aspek, Gen.G Gold berjaya merebut gelaran juara dengan berjaya mendapatkan Chicken Dinner sebanyak dua kali pada hari kedua.

Dengan kejuaraan ini, Gen.G Gold telah membawa pulang 400 ribu USD dan 2 gelaran kategori MVP bagi jumlah kill terbanyak.

 

Setelah 1 hari rehat, PUBG Global Invitational 2018 dilanjutkan dengan kategori FPP pula. Bagi kategori First Person Perspective, pasukan Oh My God (OMG) telah dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang $430.000 kemudian diikuti oleh pasukan Liquid dan WTSG di peringkat ketiga.

Tahniah untuk semua para pemenang dan peserta!

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.