Fortnite Android Rasmi Dilancarkan Eksklusif Di Samsung Galaxy!!

0 1,390

Persoalan bilakah Fortnite akan mengeluarkan versi Androidnya telah banyak diperkatakan dalam komuniti gamer. Sebelum ini Epic Game telah menjanjikan akan melancarkan Fortnite Mobile pada musim panas bermaksud antara bulan Jun-September 2018.

Baru-baru ini Epic Games telah mengkhabarkan bahawa mereka akan melancarkan Fortnite Mobile secara ekslusif bersama dengan telefon pintar yang bakal dikeluarkan Galaxy Note 9.

Nampaknya teka-teki mengenai bilakah Fornite versi Android sudah hampir terjawab. Bersamaan dengan pelancaran Galaxy Note 9, Epic Games akhirnya mengumumkan bahawa ianya kini tiba di telefon pintar Android. Namun sayangnya, setakat ini ia hanya dilancarkan secara eksklusif untuk Samsung Galaxy.

 

Peranti Samsung seperti seperti Note 9, Tab S4, S9, S9 Plus, Note 8, S8, S8 Plus, S7, S7 Edge dan Tab S3 dapat memuat turun game Fortnite Mobile versi Beta melalui Game Launcher milik Samsung. Walaubagaimanapun, hak esklusif ini hanyalah berlaku untuk beberapa hari sahaja.

Bagi pengguna peranti Android selain Samsung Galaxy diharapkan dapat bersabar, versi beta akan dilancarkan secara berperingkat manakala bagi versi penuh kami jangkakan paling awal akhir bulan Ogos.

Nota Tambahan;

Peranti Android yang akan dilancarkan secara berkala ialah Google: Pixel / Pixel XL, Pixel 2 / Pixel 2 XL, Asus: ROG Phone, Zenfone 4 Pro, 5Z, V Essential: PH-1 Huawei: Honor 10, Honor Play, Mate 10 / Pro, Mate RS, Nova 3, P20 / Pro, V10 LG: G5, G6, G7 ThinQ, V20, V30 / V30+ Nokia: 8 OnePlus: 5 / 5T, 6 Razer: Phone Xiaomi: Blackshark, Mi 5 / 5S / 5S Plus, 6 / 6 Plus, Mi 8 / 8 Explorer / 8SE, Mi Mix, Mi Mix 2, Mi Mix 2S, Mi Note 2 ZTE: Axon 7 / 7s, Axon M, Nubia / Z17 / Z17s, Nubia Z11

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.