Game Genre MOBA Anime Terbaru ‘Inhuman Academy’ Dilancarkan Di (Android/iOS)

0 1,285

Pada ketika ini antara genre game yang paling mendominasi dunia game mobile khususnya ialah genre MOBA dan Battle Royale. Sebagai developer, nampaknya NetEase tidak mahu ketinggalan.

Pada bulan lepas iaitu Jun, NetEase telah memperkenalkan game yang bernama Inhuman Academy. Game tersebut bergenre MOBA dengan memakai karekter anime sebagai perwatakan yang akan dikendalikan.

Selalunya game yang bergaya anime, suara watak karakternya karekter akan lebih mantap, tambah-tambah direkod oleh artis kebanyakkannya. Seperti dalam game ini antara artis yang berkerja disebalik tabir ialah Natsuki Hanae yang mengisi suara watak Kaneki di anime Tokyo Ghoul.


Salah satu ciri unik dari MOBA game NetEase ini ialah setiap karakter boleh berevolusi/awaken apabila sudah mencapai level tertentu. Selain itu karekter ini juga mendapatkan skill unik dengan cara bergabung dengan monster yang ada di hutan.

Inhuman Academy memakai konsep yang sama dengan MOBA lain iaitu pertarungan 5v5 yang bertujuan untuk menghancurkan pertahanan pihak lawan.

Setakat ini game Inhuman Academy ditawarkan dalam bahasa Mandarin sahaja dan telah dilancar rasmi pada 30 Jun lepas. Anda boleh cuba muat turut melalui TapTap dengan menggunakan nombor telefon yang aktif atau disini.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.