Nintendo Bakal Hadirkan Nintendo Switch Versi Mini Pada Tahun Ini?

0 668

Sejak akhir-akhir kini kita dikhabarkan dengan kehadiran konsol baru iaitu Mad Box dan khabar angin tentang pebinaan konsol PS 5.

Di tengah hangatnya persaingan sesama konsol, tentu sahaja Nintendo tidak mahu ketinggalan. Baru-baru ini, akhbar Nikkei melaporkan bahawa Nintendo sedang bercadang untuk hadirkan Nintendo Switch tetapi versi mini atau lebih kecil dari yang biasa.

Berdsarkan laporan tersebut, konsol terbaru yang bakal hadirkan oleh Nintendo akan lebih kecil, lebih portable dan yang paling penting lebih murah. Versi mini Switch ini juga dikatakan berkemungkinan akan dikeluarkan seawal tahun 2019 ini.

JIka kita teliti tidak lah mustahil, bahawa kehadiran konsol ini akan hadir pada tahun ini, kerana Nintendo Switch kini telah berusia 2 tahun dan ditambah khabar angin tentang switch mini juga telah beredar sejak Oktober 2018.

Beberapa khabar angin juga mengatakan bahawa Switch Mini ini mungkin tidak akan membawa peningkatan teknologi berbanding versi sedia ada kecuali perubahan dari segi saiz dan harga yang lebih murah

Setakat ini belum ada tarikh rasmi bilakah Nintendo Switch mini akan dikeluarkan.

 

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.