Gearbox Akhirnya Secara Rasmi Tampilkan Borderlands 3!

0 1,250

Siri game Borderlands merupakan salah satu game yang memiliki banyak peminat. Siri game ini terakhir sekali beredar dalam pasaran pada akhir tahun 2014 dengan kehadiran siri tambahan,Tales from the Borderlands.

Boderlands merupakan First Person Shooter (FPS) yang berusurkan Role-playing Games (RPG). Ia dihasilkan oleh Gearbox Sofware.

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Gearbox Sofware akhirnya akan menghadirkan Borderlands 3. Semalam, Gearbox telah mengeluarkan teaser untuk Borderlands 3 yang bertajuk Mask of Mayhem.

Baru sahaja 1 hari berlalu, Gearbox kembali memberi informasi tambahan dengan mengeluarkan trailer terbaru dan mengumumkan bahawa siri terbaru Borderlands adalah Borderlands 3.

Menerusi trailer Borderlands 3, nampaknya pemain boleh bermain secara multiplayer sehingga 4 orang pemain. Grafik kartun yang menjadi ciri khas Borderlands 3 juga lebih cun dan menarik. Kita juga melihat, bahawa Borderlands 3 akan menawarkan banyak aksi yang lebih gila-gila berbanding siri-siri sebelumnya. Selain itu, dapat disimpulkan Gearbox tetap mengekalkan ciri humour, monster gergasi untuk dilawan dan pelbagai jenis senjata dengan kesan yang unik untuk digunakan.

Setakat ini belum ada infromasi tentang tarikh pelancaran game ini. Namun Gearbox mengatakan bahawa mereka akan memberi informasi tambahan pada 3 April 2019.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.