Pembina Game PUBG Mobile Bakal Melancarkan Game Terbaru- Code: Live!

0 1,016

Nama Tencent sudah tidak boleh disangkalkan lagi terutama dalam industri mobile gaming. Kebanyakan game yang diterbitkan Tencent berjaya meraih ramai peminat dan mendapat tempat dalam industri.

Lihat sahaja PUBG Mobile, dalam masa 1 tahun sahaja, ia telah memiliki 30 juta pemain aktif setiap hari dan 200 juta kali game ini dimuat turun. Baru-baru ini pula, Tencent telah melancarkan Call of Duty Mobile dengan membuka pra-daftar.

Tidak sekadar itu, Tencent Games bakal membuat satu lagi kejutan iaitu mereka akan segera melancarkan game terbaru mereka iaitu Code: Live.

Game yang dibina oleh Lightspeed & Quantum dengan di bawah naungan Tencent Games merupakan game bertemakan survival zombie. Code: Live kini juga telah rasmi membuka halaman webnya sendiri, dimana anda dapat melihat pelbagai informasi dan trailer dari game ini.

Code: Live merupakan game yang telah dibina dengan menggunakan Unreal Engine 4 selama 2 tahun dan kini game telah siap, hanya menunggu masa untuk dilancarkan.

Menerusi trailer yang dipaparkan, Code: Live merupakan game survival bertemakan zombi. Pemain dikhendaki bertahan hidup dengan pemain lain melalui pengumpulan bahan-bahan asas, membangunkan tempat tinggal serta perlu menghindari dari serangan zombie.

Game ini memiliki elemen crafting, leveling dan grinding. Tambah menarik, korang boleh memancing, berburu dan melakukan aktiviti lain.

Nampaknya kehadiran Code: Live ini bakal memberi persaingan sengit terhadap game Net Ease iaitu LifeAfter. LifeAfter merupakan game yang memiliki konsep yang hampir sama. Buat anda yang tidak sabar, boleh mencuba game LifeAfter terlebih dahulu.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.