Hero Fighter Terbaru Mobile Legends – Terizla Sudah Sedia Untuk Beraksi!

0 989

Beberapa minggu lalu telah tersebar khabar bahawa akan ada hero Fighter baru yang akan di Mobile Legends. Ternyata hari ini, Moonton telah membuat kejutan dan menghadirkan hero ini secara rasmi di Mobile Legends.

Hero terbaru ini memakai nama Terizla dan secara rasmi telah hadir di advance server pada 28/3. Kalau kita lihat pada perwatakannya, Terizla memiliki bentuk badan yang besar seakan-akan Hilda bahkan senjata seperti Thor Hammer juga sama besar dengan tubuh badan.

Terizla merupakan hero fighter baru yang memiliki keistimewaan pada damage dan burst, dimana ia dapat membunuh lawannya dengan pantas menggunakan Thor Hammer.

Skill Pasisive Chaotic Barrier : Terizla akan mengeluarkan protective energy bilanya HPnya kurang 30% dan damage yang diterima juga akan berkurang 60% dan per 1% attack speed tambahan.

Skill 1 – Revenge Strike : Terizla akan menggunakan penukul dengan membuat hentakan di tanah. Musuh yang terkena akan perlahan sebanyak 40%. Dalam masa yang sama movement speed Terizla meningkat 25%.

Skill 2- Execution Strike : Terizla akan hayunkan tukulnya bagi menghasilkan damage sebanyak 3x. Hayunan ke-3 akan membuat pihak musuh perlahan 30%.

Skill Ultimate – Penalty Zone : Terizla akan melompat dan menghayunkan tukul yang dimilikinya ke tanah dan beri damage + perlahan satu arena. Tidak sekadar itu, musuh juga akan tertarik ke tengah.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.