Blevins ‘Ninja’ Muncul Juara Dalam Pertandingan Twitch Rivals Apex Legends!

0 1,064

Baru-baru ini Respawn Entertainment telah menganjurkan pertandingan sulungnya yang pertama untuk game Apex Legends yang diberi nama sebagai Twitch Rivals.

Pertandingan ini telah mempertemukan ramai nama-nama terkenal seperti Shroud, Seagull, DrDisrespect, Ninja dan lain-lain lagi. Acara Twitch Rivals telah menjadi pusat perhatian ramai streamer.

Pertandingan yang dianjurkan ini telah menawarkan hadiah yang berjumlah US$200,000. Suatu nilai yang besar iaitu sekitar RM816 ribu. Pertandingan ini khusus ditujukan untuk streamer-streamer di twitch. Setiap orang akan cuba mendapatkan kill terbanyak dalam Apex Legends.

Setelah beberapa waktu berlangsung, Ninja yang terkenal dengan kemahirannya dalam game Fortnite, telah muncul juara Twitch Rivals Apex Legends Challenge bersama pasukannya dibawah nama pasukan Kings Canyon. Menumpaskan nama-nama besar.

Kemenangan ini telah menyebabkan beliau dikenali sebagai raja battle royale. Selain itu, kejayaan pertandingan yang dianjurkan boleh jadi permulaan baik untuk Apex Legends menjadi game Esports utama.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.