Liga Profesional Mobile Legends (MPL): Pasukan Underdog Berjaya Cipta Kejutan!!

0 1,218

Baru-baru ini dalam Liga Profesional Mobile Legends (MPL), pasukan bukan pilihan We Own World (WoW) telah berentap dengan pasukan gergasi tempatan, Flash Vision Mysterious Assassins (Fv.MyA) dalam pusingan wild card yang berlangsung pada Ahad.

Dalam acara yang berakhir pada hari Isnin iaitu 9/7/18, pasukan underdog We Own World (WoW) telah berjaya menewaskan skuad FV.MyA (Mysterious Assassin). Ini satu kejayaan yang besar bagi pasukan WoW. Untuk pengetahuan anda, skuad FV.MyA (Mysterious Assassin) merupakan skuad yang berjaya memenangi tempat ketiga pada MPL musim lalu.

WoW yang terdiri daripada 5 ahli dalam satu pasukan iaitu Dragon, Xray, VinSmoke, Shanks dan Mihawk. Manakala bagi Fv.MyA terdiri dariapda maa FV, D_Ace FV, Nina FV, Sh4dow FV dan Padel FV.

Dalam acara tersebut WoW telah mencatat kemenangan 2-0 ke atas FV.MyA, sekaligus melayakkan pasukan tersebut ke musim liga berasama 7 lagi pasukan Malaysia dan Singapura pada 10 Ogos ini.

Meski dilabel sebagai pasukan underdog, WoW telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu untuk menggegarkan empayar pasukan gergasi tempatan dengan kekuatan kerjasama pasukan tersebut.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.