Ini Rangkuman Ringkas Chongqing Major, Major Kedua Musim Ini!

0 805

Chongqing Major,China merupakan pertandingan Major Kedua Dota 2. Format pertandingan yang akan digunakan sama seperti format pertandingan di KL Major.

Pertandingan ini akan mempertemukan 16 pasukan terbaik yang berjaya melayakkan diri ke peringkat kelayakan. 15 pasukan yang berjaya merebut gelaran juara di peringkat regional akan di pilih, ditambah pula dengan 1 pasukan daripada pemenang acara pertandingan Bucharest Minor.

16 pasukan akan berentap bagi merebut hadiah yang berjumlah 1 juta US dolar berserta berjumlah 15.000 DPC poin. Chongqing Major dijadualkan akan bertempat di China dan dilaksanakan pada tanggal 19-27 Januari 2019 akan datang.

Chongqing Major ini akan menampilkan hampir kebanyakkan pasukan-pasukan hebat dunia. Berikut kami tampilkan peserta-peserta yang akan terlibat.

 

Dota 2 Chongqing Major Team Seeding for Europe, CIS and North America

Dota 2 Chongqing Major Team Seeding for North America SEA and China

Babak penyaringan dari pertandingan ini telah berlangsung pada 25 hingga 30 November 2018. 15 pasukan yang telah layak adalah”

Eropah: Team Liquid, Team Secret, Alliance
CIS: NoPangolier, Virtus.pro
Amerika Utara: J.Storm, Forward Gaming, Evil Geniuses
Amerika Selatan: paiN Gaming, Thunder Predator
Asia Tenggara: Fnatic, TNC Predator
China: Team Aster, Vici Gaming, PSG.LGD

Kebanyakkan pasukan adalah pasukan yang telah terkenal dan mempunyai nama saban tahun ini, hanya beberapa pasukan sahaja masih lagi baru dan belum menunjukkan taring mereka.

Hadiah pertandingan bagi The Chongqing Major akan diagihkan seperti berikut:

1st place: $350K – 4950 points
2nd place: $170K – 3000 points
3rd place: $100K – 2100 points
4th place: $80K – 1350 points
5th – 6th place: $60K – 900 points
7th – 8th place: $40K – 450 points
9th – 12th place: $15K – 150 points
13th – 16th place: $10K – 75 points

Stay Tuned!!

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.