Game Ragnarok Mobile: Eternal Love Versi English Bakal Hadir Tidak Lama Lagi

0 1,102

Game Ragnarok Mobile: Eternal Love mobile pertama kali dilancarkan pada tahun 2017 iaitu setahun yang lalu di China, kemudian pada tahun ini bulan Mac, game ini hadir dalam versi Korea.

Berdasarkan laporan yang didapatkan pada minggu ini, nampaknya game online lagenda ini akan hadir dalam versi bahasa english. Walaubagaimanapun setakat ini belum ada rincian bilakah tarikh versi english akan dilancarkan namun boleh dipastikan dalam sekitar tahun ini.

Terdapat beberapa tanda-tanda bahawa versi english akan dilancarkan tidak lama lagi. Salah satunya, laman web Ragnarok Eternal Love menampilkan pesanan ‘coming soon’.

Jika anda seorang penggemar game Ragnarok Online tentunya anda akan menantikan game ini dalam versi english. Game Ragnarok M : Eternal Love dapat dikatakan seabgai adaptasi Ragnarok Online versi PC namun dengan banyak penambahbaikan agar sesuai dengan sistem mobile dan zaman sekarang.

Game ini akan memakai gameplay dan sistem yang hampir sama dengan versi klasik. Ia juga mengekalkan muzik-muzik khas Ragnarok. Penambahan grafik dan ciri-ciri game telah ditambah.

Bagi yang tidak sabar untuk main game ini dalam versi english boleh main dalam versi China iaitu menerusi aplikasi TapTap iaitu sebuah aplikasi seperti Google Play Store untuk muat turun game/aplikasi buatan China.

Stay Tuned Guys!!

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.