Team Liquid Muncul Juara Dalam Acara Megafon Winter Clash!

0 979

Team Liquid kembali beraksi cemerlang dalam acara pertandingan Megafon Winter Clash. Setelah beberapa kali berhadapan dengan kekalahan dengan tewas dalam kelayakan The Kuala Lumpur Major dan mendapat tempat keempat untuk The International 8 pada Ogos lepas, Team Liquid kembali mengaum.

Walaupun MegaFon Winter Clash bukan acara Pro Circuit, tetapi ia merupakan acara yang sering mendapat perhatian pasukan-pasuakan DOTA 2 terbaik dunia. Acara ini telah diadakan pada 7-9 Disember dengan tawaran hadiah berjumlah $300.000.

Dalam acara tersebut Team Liquid telah menunjukkan aksi yang sangat cemerlang, menjadi salah satu pasukan yang tidak kenal apa itu istilah kekalahan walaupun sehingga ke peringkat akhir.

Di kejohanan tersebut, Team Liquid telah berjaya mengalahkan pasukan Navi dengan 3-0, sekaligus membolehkan Team Liquid membawa pulang trofi berserta wang tunai $125.000.

Nampaknya keputusan untuk rehat sebentar  berjaya menunjukkan hasil. Dengan kemenangan ini, ia dapat menjadi motivasi bagi Team Liquid untuk terus maju dan mungkin menjadi juara TI sekali lagi?

 

 

 

 

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.