AI DeepMind Tumpaskan Pemain Professional StarCraft 2 10-1!

0 852

Pada tahun 2016 yang lepas, agen kecerdasan buatan (AI) oleh Google Deepmind telah mula menumpukan perhatian mereka terhadap game StarCraft 2. Pada hari ini, mereka (DeepMind) telah menggunakan AI yang dihasilkan untuk berentap dengan professional gamers.

Agen AI yang memakai nama AlphaStar telah berjaya membuktikan bahawa kecerdasan buatan mampu untuk memenangi 10 pertandingan secara berturut-turut apabila bertanding dengan StarCraft II pros iaitu “TLO” Wünsch dan Grzegorz “LiquidMaNa” Komincz .

Setiap pemain pro akan berlawan one-on-one sebanyak 5 pusingan dengan AI. Walaupun pertandingan tersebut sangat sengit, tetapi AlphaStar(AI) mampu untuk memenangi setiap perlawanan tersebut.

Sebagaimana kita tahu, dalam StarCraft hanya terdapat 3 races, Zerg, Terran, dan Protoss. Justeru, AlphaStar agak mengalami kesulitan apabila berlawan dengan Wünsch kerana Wünsch tidak terlalu menggunakan Protoss, dimana AlphaStar hanya dilatih untuk berlawan dengan Protss.

Menurut pemain professional Komincz, ia sangat sukar untuk menjangka apa yang AlphaStar ingin lakukan. Walaubagaimanapun ia sesuatu penglaman yang mengasyikkan.

Tambah Wünsch ” walaupun beliau tewas, tetapi beliau yakin jika bertanding lagi, beliau akan memenangi beberapa pusingan”.

Korang boleh lihat pertandingan penuh di sini;

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.