Tahniah! Juara Ini Akan Mewakili Malaysia Ke Peringkat Antarabangsa

0 842

Baru-baru ini pada 14-15 April 2018 terdapat acara penting dalam dunia e-sukan Malaysia iaitu National Esports Team Selection 2018.

Program ini diadakan di Orange e-Sports Stadium, Setapak Kuala Lumpur yang bermula pada jam 9 pagi. Program ini diadakan bertujuan untuk memilih peserta-peserta yang layak untuk mewakili Malaysia ke peringkat Olimpik dan semua pertandingan antarabangsa pada masa akan datang.

Jadi event yang diadakan pada baru-baru ini bukan biasa-biasa sebab peserta yang layak akan mewakili Malaysia dalam China Esports Games 2018 di Tai Cang, Jiangsu, China pada 29 April sehingga 1 Mei 2018.

Ada 2 permainan yang dipertandingkan iaitu FIFA 2018 dan CSGO. Mereka yang menang akan mewakili Malaysia dan memperolehi tajaan sepenuh termasuk penginapan dan travel.

Semasa hari kejadian, acara tersebut mendapat sambutan yang hangat sekali. ESM menyatakan kejohanan itu dijangka disertai 15,000 atlet sukan elektronik dari seluruh negara bagi merebut hadiah pertama iaitu mewakili Malaysia, tempat kedua ialah Silver medal dan tempat ketiga ialah Bronze medal.

Selepas 2 hari acara tersebut berlangsung, [Ooe]Infamous9 menduduki tempat juara bagi acara permainan FIFA 18, tempat kedua jatuh pada Falcon.Killer dan tempat ketiga pula jatuh pada M.O.B Zhafran.

Bagi acara CSGO, juara dimenangi oleh FrostFIre, tempat kedua oleh Nara Gaming dan tempat ketiga oleh MVP.Karnal.

Berikut merupakan gambar pemenang-pemenang yang bakal mewakili Malaysia ke acara di China. Kami di Moshed Gaming mengucapkan tahniah dan All the best!

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.