Ingin Lawan PUBG – Xiaomi Lancarkan Game Battle Royale ‘ Survival Game’

2 1,203

Dengan kemarakkan game Battle Royale yang kebanyakkan dipacu oleh PUBG dan Fortnite telah menarik banyak industri untuk turut menghasilkan game battle royale mereka sendiri.
.

Terkini ialah game bergenre battle royale yang diterbitkan oleh syarikat pengeluar telefon pintar Xiaomi. Game ini diberi nama Survival Game. Game ini awalnya diumumkan oleh Xiaomi pada 2 bulan lepas menerusi trailer sulung mereka, kemudian beberapa waktu selepas itu, Xiaomi telah mengeluarkan versi beta Survival Game. Walaubagaimanapun, waktu yang diberikan agak terbatas menyebabkan sukar untuk memberi komen yang menyeluruh.
.

Kali ini pada 18/1/2019, Xiaomi telah melancarkan game ini secara penuh di yang dapat dimuat turun melalui Mi Apps store. Secara umum game ini sama seperti PUBG mobile dan Fornite. Aturan game juga sama. Cuma tambahan game ini menghadirkan jetpack yang membolehkan pemain mendapat pengalaman gaming yang lebih mengasyikkan.
.

Survival Game merupakan game yang ringan dan sesuai untuk main oleh kebanyakkan telefon pintar Xiaomi. Saiz game juga hanya 185MB dibandingkan PUBG yang menelan sehingga 1.6GB.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

2 Komen
  1. Shinichi berkata

    Kat phone lain xboleh downlond ke

    1. Jebat MVP berkata

      boleh bos, upcoming diorg akan lancarkan di playstore. Game ini macam free fire sbb ia versi ringan

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.