Fortnite Bakal Keluar Di Android Dalam Masa Terdekat? Ini Maklumat Terkini.

0 1,097

Bulan Mei menjadi bulan penting kerana anda akan dapatkan beberapa update penting tentang game Fortnite terutama tarikh pelancaran game tersebut di Android.

Peminat mengharapkan mereka dapat menikmati permainan Fortnite di Android dalam jangka masa terdekat ini.

Beberapa khabar angin mengatakan versi Nintendo Switch akan dilancarkan semasa E3 2018. Peminat juga mengharapkan sesuatu yang baru khabar akan diumumkan tentang Fortnite Android.

Setakat ini Epic Games baru sahaja memberitahu bahawa Mobile port yang baru untuk game akan dilancarkan pada tahun 2018. Namun terdapat tanda yang mengatakan bahawa bulan depan kita akan menerima Fortnite di Android.

Berdasarkan laman Twitter Nick Chester, yang mengatakan kami sedang berusaha untuk menghadirkan game ini di Android dan kami akan mengumumkannya dalam jangka masa terdekat ini.

Dalam masa yang sama terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa beberapa personaliti Youtube telah dijemput untuk bermain versi beta. Namun Chester mengatakan ia adalah palsu. Orang ramai dinasihatkan jika mereka menerima jemputan tentang Android Fortnite, ia berkemungkinan scam.

Pda bulan Mac, Epic games mengatakan, versi Android akan dikeluarkan beberapa bulan sahaja lagi. Ramai yang menjangkakan, acara E3 2018 akan menjadi tempat terbaik untuk melancarkan Fortnite versi Android dan Switch.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.