Monster Hunter World Dapat Dimainkan Secara Percuma!! (Waktu Terbatas)

0 947

Pada bulan Ogos yang lalu, Capcom telah mengeluarkan mahakaryanya iaitu Monster Hunter World di platform PC.

Game “Monster Hunter: World” ini merupakan sebuah game yang sangat menarik sehingga Capcom mengklaim bahawa ini adalah game terbaik pernah dihasilkan.

Ternyata apa yang diklaim Capcom adalah tidak berlebihan kerana game tersebut telah dinobatkan sebagai game RPG terbaik bagi tahun ini versi The Game Awards.

Dalam game ini korang akan berperanan sebagai soerang hunter yang akan bergabung dengan kumpulan hunter, Fifth Fleet bagi menuju ke NEW World.
.

New World merupakan sebuah dunia yang berbeza dengan Old World, maka anda akan membantu badan penyelidik di sana untuk membuat penyelidikan tentang dunia baru ini. Namun saat pengembaraan menuju destinasi, korang akan menempuh marabahaya, iaitu diserang dengan satu makhluk misteri. Maka dari situ bermula sebuah plot penceritaan meneroka misteri yang akan korang harungi.

Game ini memang menjanjikan. Bagi korang yang nak mencuba main game ini tak perlu khuatir untuk keluar duit sebab, Capcom bagi tawaran kepada gamer-gamer untuk cuba versi trial game ini secara percuma.

Versi trial ini akan dibuka bermula 12 Disember pada jam 8.00 a.m waktu Malaysia sehinggalah 17 Disember untuk platform PS4 & Xbox One sahaja. Jadi korang ada 5 hari untuk main game ini.

Pemain akan dapat mengakses hampir kesemua Story, Quest, Equipment dan Upgrades sehingga Hunter Rank 4. Kalau korang rasa best dan nak beli versi full, tak perlu risau sebab progress dan saving tidak akan hilang. Versi trial ini juga membolehkan korang main online dengan player-player lain tidak kira mereka itu main versi trial atau full.

Selamat mencuba!

 

*Tidak disebutkan dalam website rasmi bahawa free trial ini boleh untuk PC . Rujuk lebih lanjut disini.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.