Mobile Legends Memperkenalkan Hero Terbaru, Selena

0 1,005

Mobile legeds baru sahaja memperkenalkan hero terbaru yang diberi nama Selena bukan Selena Gomez ye. hee

Karakter terbaru ini mempunyai peranan sebagai seorang assassin iaitu sama seperti Karina. Selena dikatakan oleh komuniti ML ialah adik kepada Karina. Hero ini mempunyai elemen magik yang memiliki kemiripan dengan Karina dan Gusion. Selena berbeza dengan Zhask yang boleh menyeru rakan-rakan untuk bantu menyerang,tetapi rakan-rakan atau companion yang di seru oleh Selena hanya sekadar bersifat perangkap. Kemampuan khusus Selena ialah bidang reap/burst .

Selena ada 2 kekuatan terpendam iaitu Moon God dan Abyss Devil. Hero ini dapat menyeru kekuatan kegelapan dan mengubah ke dalam bentuk lain yang lebih menakutkan.

Bagi mereka yang hendak miliki Selena ML, harus menukarkannya dengan 32,000 bp atau 599 diamond. Tetapi hero ini baru dikeluarkan di advanced surver.

Antara Skill Selena ialah

1. Symbiosis (Skill Pasif)

Symbiosis mebolehkan Selena memberi damage yang lebih tetapi pengguna harus menyerang terlebih dahulu pada saat elven form. Jika serangan berhasil, ia dapat beri kesan sebanyak 600 magic damage.

2. Abyssal Trap

Skill memiliki kesamaan dengan skill Zhask, iaitu menyeru Abyssal Devil yang memberikan damage kepada pihak lawan dan memperlambatkan movement. Uniknya skill ini ialah mampun menyeru 3 Abyssal Devil.

Selain 2 skill ini Selena juga dilengakpi dengan skill lain seperti Abyssal Arrow dan Primal Darkness .

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.