Tips 2: Cara Mudah Nak Dapatkan Title WEAPON MASTER Dalam PUBG Mobile

0 6,852

Korang mungkin ada perasan player atau member korang yang ada title Weapon Master. Ok, tips kali ini admin nak kongsikan cara-cara untuk dapatkan title tersebut.
.

Kalau diikutkan ada lebih 8 Title yang ada dalam PUBG Mobile dan memang sukar juga untuk dapatkannya. Walaubagaimanapun, untuk dapatkan Title Weapon Master tak sesukar mana berbanding title lain.
.

Cara untuk korang dapat Weapon Master ini ialah dengan memiliki 6 kill dalam 1 match. Dan setiap kill korang gunakan senjata/alat berbeza seperti berikut;

1. Assault Rifle
2. SMG
3. Sniper Rifle
4. Shotgun
5. Bom
6. Kendaraan.

Satu lagi syarat ialah korang kena Rank Platinum V dan keatas.


.

Untuk Tips;

1. Main Duo Atau Squad

Kalau admin, main dengan member-member yang level rendah seperti bronze atau silver. Boleh pakat dengan member-member, suruh member buat akaun baru. Cara ini adalah lebih mudah.

Tetapi korang tak follow cara ini pun tak apa, main squad atau duo macam biasa. Cuma kena selalu ingat, bila sudah knock out musuh, maka finish dengan senjata yang sesuai dengan misi korang. Boleh juga pakat dengan member, sisa finishing biar korang habiskan.

2. Turun Di Tempat Ramai Orang / Sikit Orang.

Ok ini terpulang kepada player itu sendiri. Kedua-dua strategi ini boleh guna. Kalau di tempat ramai orang pastikan tempat yang banyak loot macam Georgopol atau Pochinki di Erangel atau Bootcamp di Sanhok.
.

Setelah turun, terus selesaikan misi korang, boleh mula dengan senjata yang susah seperti shotgun atau grenade dulu kemudian assault rifle dan seterusnya. Minta bantuan member untuk spot kategori senjata yang korang cari.
.

Sesetengah orang lebih selesa turun di tempat tiada orang. Kalau korang tak tahu tempat mana maka jadilah orang terakhir yang terjun maksudnya terjun secara automatik. Peluang agak tinggi untuk korang jumpa 2-3 player yang lost connection. Setelah dapat senjata, korang boleh buat tembakan rambang. Dengan buat tembakan rambang, bot akan lebih mudah hadir. Untuk kill bot, lebih baik guna senjata yang sukar untuk korang dapatkan kill sepeti bom, shotgun dan SMG.

3. Selesaikan game

Setelah settle bunuh 6 player dengan 6 senjata yang berbeza, korang sudah dapat Title, tetapi pastikan selesaikan biar kalah atau menang. Jangan terus quit ke Lobby.

Selamat untuk dapat Title Weapon Master. Kalau korang ada tips lebih, drop di ruangan komen.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.