Eudora Item Build dan Tips Super MVP

0 2,803

Eudora adalah hero yang mempunyai burst damage yang tinggi ditambah lagi skill passive nya yang sememangnya memberikan kerosakan tambahan. Jika korang ikut tips ni Daddy yakin opponent di lane korang akan menyumpah-nyumpah tak dapat farm dan konfom tukar lane sebab bengang. So bagaimana nak ganggu hero lawan atau halau mereka ke lane lain? Ikut tips di bawah k!!!


Teknik apabila korang guna Eudora ni senang je, just pastikan korang ikut step ni:
1. Skill #2 (Electric Arrow),
2. Skill #1 (Forked Lightning)
3. habiskan beliau dengan Ulti.
Info: Yang berlaku di sebaliknya ialah apabila korang stun enemy korang akan activate kan skill passive di mana ia akan memberikan skill 1 ability untuk reduce kan Magic Resistance lawan korang. Skill passive masih dalam keadaan activated untuk Ulti dan memberikan tambahan 15% + 50%.

Dan juga pastikan jarak korang jauh dengan lawan, jika lawan dah terlampau dekat tetapi skill stun masih cooldown, gunakan Flicker dan lariiiiiii!!!

Juga ingat bahawa Eudora memang mudah untuk digunakan tetapi dia sangat Fragile so apa-apa pon just play safe k.

Item Build:

  1. Enchanted Talisman (cost 1870)
    Dengan ada nya item ini korang takde masalah untuk spam skills.
     +55 Magic Power, +250 HP, +20% Cooldown Reduction, Regen 10% total max mana setiap 10s.
  1. Fleeting Time (cost 2050)
     Item ini akan membuatkan korang berada pada Max CD Reduction yang akan menjadikan masalah besar pada lawan korang.
     +70 Magic Power, +15 Mana Regen, +10% Cooldown Reduction, Selepas membuat hero kill, semua ability reuse time akan dikurangkan 20%.
  1. Arcane Boots (cost 740)
     Jangan beli Magic Shoes lagi kerana korang sudah mencapai Max CD Reduction!!
    +15 Magic Damage Reduction, +40 Movement Speed.
  1. Holy Crystal (cost 2180)
     Apabila beli item ini jangan tukar lagi sebab item ni adalah paling penting, dengan item ini apabila skill mengena target maka Magic Attack akan bertambah 15%, fuuh banyak tuuuuu!!!
     +90 Magic Power, +25% Magic Power, Menambahkan 15% Magic Attack apabila skill mengena target, skill damage seterosnya akan terminate effect ini.
  1. Devil Tears (cost 1970)
     Item ini sangat menyakitkan hero-hero tanker yang sangat annoying, tak perlu membunuh tapi lakukan kezaliman stun terhadap merekaaa haha.
     +65 Magic Power, +40% Magical PEN, Apabila HP melebihi 70%, unique bonus effect meningkat 30%.
  1. Blood Wings (cost 2850)
     Apabila berada di late game Eudora adalah tersangaaaat OP. Dengan adanya pula item ini bayangkan berapa jumlah HP nya apabila dikira Magic Power yang dimiliki.
     +150 Magic Power, +150 HP, Menambahkan 2 HP bagi setiap 1 point magic power.


Battle Spell: Flicker – Battle Spell Flicker menjadi pilihan kerana Eudora takde skill untuk escape. Walaupon pro kadang-kadang korang perlu jugak lari sebab HP dah terlampau sikit jadi caranya ialah guna skill Electric Arrow untuk stunt dan Flicker.

Keterangan skill:

Superconductor (Passive) – Memberikan target effect Superconductor yang akan menguatkan lagi kesan skill.
Forked Lightning  AoE  (Mana Cost: 80) – Memberikan 400(+230% jumlah Magic Power)  magic damage. Juga membuatkan musuh kehilangan 15 magic resistance.
Electric Arrow  CC  (Mana Cost: 90) – Memberikan 280(+105% jumlah Magic Power) magic damage dan stun selama 0.75s.
Thunderstruck  Burst  (Mana Cost: 130) – Ribut petir memberikan kemusnahan 600(+270% jumlah Magic Power) magic damage dan memberikan tambahan 15% damage jika musuh terkesan daripada Superconductor.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.