Rainbow Six Siege Jatuhkan Hukuman Berat Secara Besar-besaran Terhadap Segelintir Pemain

0 747

Keberadaan gamer-gamer toxic dan cheater ini memang sukar untuk dielakkan, justeru pihak developer haruslah memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini.

Baru-baru ini salah satu developer iaitu Ubisoft telah menujukkan sebuah contoh yang baik. Tindakan developer game Rainbow Six Siege ini harus dipuji, Bagi mewujudkan sebuah komuniti gaming yang sihat, mereka telah menerapkan sistem baru yang akan mengharamkan/ban gamer-gamer yang menggunakan bahasa toxic secara automatik.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Ubergizmo.com, sudah terdapat  pemain yang telah menerima hukuman ini, setelah mereka menggunakan kata-kata penghinaan dan berunsur rasis dalam game.

Dalam masa yang sama, Ubisoft sendiri telah mengesahkan penggunaan sistem auto-banning ini. Tetapi hukuman tersebut bukanlah banning selamanya.

Selain itu pada 24 Julai, sebanyak 600 pemain telah dihukum ban bagi cheater atau player yang lakukan pelanggaran. Jika anda memainkan game tersebut setelah update, maka akan akan dapati beberapa pesan banned “Player was banned for being boosted by cheater”.

 

Ubisoft akan memberi rincian lebih lanjut tentang usaha anti-cheat mereka pada 27 Julai 2018 nanti.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.