PUBG PC Bakal Dapatkan Update Terbaru 25 Januari Ini!

0 911

Buat korang yang main PUBG PC, pada 25/1/2019 ini akan dapat penambahbaikan bagi peta bersalji.
.

Antara penambahbaikannya ialah penambahan perubahan cuaca, kenderaan baru, perlengkapan senjata, sistem loot yang lebih stabil dan tentu sahaja memperbaiki bugs.
.

1) Snowbike

Kalau snowmobile kurang umphh dan cool untuk ronda-ronda di Vikendi,kali ini PUBG hadirkan kepada korang Snowbike. Kelebihan Snowbike sebagai kenderaan alternatif ialah ia lebih pantas dan mudah bergerak. Walaubagaimanapun,kelemahan kenderaan ini ialah ia mudah untuk dihancurkan. Kenderaan ini hanya boleh didapati di Vikendi dan Erangel.
.

2) SMG Bizon

Selain kenderaan baru, korang juga akan mendapatkan senjata baru bagi kategori SMG iaitu Bizon SMG. Ia menggunakan peluru jenis 9mm dan boleh dilengkapi dengan muzzle dan sight attachment. Yang menarik tentang Bizon, ia mengandungi 53 peluru.

 

3) Canted Sight Attachment

Selain senjata baru, PUBG juga memperkenalkan kelengkapan baru iaitu Canted sight attachment, yang membolehkan pemain untuk lengkapkan 2 sight attachment dalam 1 masa.

Canted sight dapat digunakan pada;

AR – Beryl M762, AKM, AUG, M416, Mutant, QBZ, SCAR-L, G36C
DMR – SLR, Mini14, Mk14, QBU, SKS
SR – AWM, M24, Kar98k
SMG – UMP, Vector, Bizon
Shotgun – S12K
LMG – M249

4) Penambahan perubahan cuaca Aurora

Perubahan cuaca yang ditambah dalam peta vikendi mode malam ialah Moonlight weather atau Aurora

Selain perkara-perkara diatas terdapat perubahan pada kadar damage item di Vikendi iaitu seperti helmet level 3 yang dikurang spawn rate termasuk juga baju kalis peluru. Hal ini memberikan kelebihan kepada sniper. Di sisi lain 4x scopes dan Assault Rifle spawn rate ditingkatkan dan hal ini memberi kelebihan ketika pertempuran jarak dekat dan sederhana.

Untuk lebih lanjut boleh baca di sini.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.