Game Kingdom Hearts 3 Akan Dilancarkan Di Switch Dan PC?

0 749

Kingdom Hearts 3 merupakan antara game yang tengah hit pada ketika ini. Walaupun baru tak sampai 2 minggu game ini dikeluarkan, ia berjaya menduduki carta game terlaris di Playstation 4. Mana tidaknya, game ini telah lama ditunggu oleh para peminat dan pengikut setia Kingdom Hearts.

Game Kingdom Hearts 3 pada asalnya hanya dirancang akan dikeluarkan secara ekslusif untuk platform konsol PS 4 dan Xbox One. Walaubagaimanapun, terdapat berita baik bahawa game ini akan dilancarkan ke platform lain seperti di PC dan Switch.

Berdasarkan temubual pihak Famitsu dengan Tetsuya Nomura selaku director game Kingdom Hearts 3,beliau mengtakan bahawa tidak mustahil untuk mereka melancarkan Kingdom Hearts 3 di Nintendo Switch dan PC.

Kita berharap perkara ini terealisasi seperti yang berlaku pada game Final Fantasy XV. Dimana awalnya hanya dilancarkan secara ekslusif di konsol kemudian dilancarkan di platform lain.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.