Game Apex Legends Akan Hadir Di Telefon Pintar Dan Menyokong Sistem Cross-Platform?

0 1,791

Apex Legends merupakan game yang tiba-tiba muncul, ia merupakan game yang hadir tanpa ada pengumuman pra-pelancaran. Namun setelah game ini dikeluarkan, ianya menjadi hit dan trending. Sehinggakan dalam masa 3 hari, ia mampu meraih pemain seramai melebihi 10 juta orang.

Tentu sahaja berita game ini akan hadir di telefon pintar merupakan berita yang agak besar, kerana ia akan memberi kesan kepada pesaing-pesaing Apex Legends.

Walaupun baru seminggu usia game Apex Legends, adakah game ini akan dikeluarkan di telefon pintar?

Menurut CEO EA Andrew Wilson, mereka sedang menunggu waktu dan cara yang tepat untuk membawa game ini ke telefon pintar. Selain itu, EA juga bercadang Apex Legends akan mendukung sistem cross-platform dari semasa ke semasa.

Salah satu keunggulan game ini berbanding game-game battle royale sedia ada adalah dari segi grafik yang ditampilkan.

Setakat ini belum ada informasi rasmi, bilakah feature cross-platform dan Apex Legends di telefon pintar. Namun perancangan itu ada. Buat masa ini, Respawn game ingin menambahbaik Apex Legends di platform sedia ada.

Buat korang yang belum mencuba game ini, Apex Legends sudah dapat dimuat turun untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC sejak 5 Februari yang lepas.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.