Inilah Cara Untuk Dapatkan Chicken Dinner Dalam Peta Miramar PUBG

0 1,974

Bagi mereka yang telah update PUBH Mobile 0.5.0, anda akan dapati peta baru iaitu peta Miramar. Bagi yang belum update, jangan lupa untuk update.

Sebenarnya peta kedua, Miramar ini boleh jadi sukar bagi pemain PUBG jika mereka tidak menyedari corak permainannya sebab pemain biasanya lebih senang dengan peta Erangel, manakala Miramar dilihat sebuah tempat yang tidak berpenghuni. Jadi disini admin nak kongsi tips bagaimana anda boleh jadi mahir peta kedua PUBG ini. Apa yang patut anda lakukan dan tidak patut lakukan untuk mencapai Chicken Dinner.

1. Dimana Hendak Bermula?

Miramar tidak seperti Erangel, petanya lebih besar. Maka penting untuk anda sasarkan pin anda di tempat yang betul dengan mengambil kira 99 pemain lain.

Kalau di Erangel, anda masih boleh sampai ke destinasi yang anda harapkan walaupun anda terjun jauh tetapi Miramar sukar. Maka penting dimana pin itu diletakkan pada permulaan adalah penting.

Secara asas, penting untuk tahu bandar yang besar dan deretan bangunan adalah tempat terbaik untuk loot. Dibawah ini admin kongsikan tempat yang patut anda pertimbangkan untuk anda farm dan cari senjata.

Los Leones

Antara tempat terbaik yang mengandungi banyak barangan. Hampir setiap senjata yang ada dalam PUBG anda akan dapati disini. Selain itu, tempat ini juga dekat dengan bandar-bandar lain. Admin sangat anjurkan anda untuk mendarat disini dan bersedia untuk cari barang dan berperang.

Campo Militar

Ini tempat paling gila untuk beradu. Orang kata high risk, high reward. Samada anda kalah ditembak pihak lawan atau anda dapat mengumpul pelbagai item dan kill lebih banyak. Cuma tempat ini ada sedikit masalah, ia jauh dari tempat lain, kalau bulatan itu jauh dengan anda maka susah bagi anda.

Chumacera

Bahagian barat Los Leonas, anda akan dapati Chumacera. Salah tempat yang bagus untuk bermula. Tempat ini sangat best untuk snipe. Kerana ia dekat dengan Los Leonas, mudah untuk anda menuju bulatan.

El Pozo

Jika anda antara beberapa kerat daripada banyak pemain yang mendarat di sini, El Pozo adalah syurga untuk anda. Tempat ini menawarkan banyak barangan dan spot yang cantik untuk anda membunuh pihak lawan. Kalau anda dah terlewat maka admin cadangkan anda pergi ke Crater Fields.

2. Gunakan skill memanjat anda

PUBG telah menambah beberapa pembaikan dalam memanjat iaitu anda dapat memanjat semasa berlari. Gunakan skill memanjat anda untuk duduk diatas atap bumbung rumah. Jika tak boleh cuba gunakan pintu dan lompat atas pintu untuk naik ke atas. Anda juga boleh pertimbangkan untuk sasar mush melalui sisi rumah seperti duduk diatas aircord.

 

3. Tinggal dalam tempat tertutup

Miramar adalah padang pasir. Sangat mudah untuk orang spot anda dari jauh. Kebanyakkan pemain akan tinggal di dalam bangunan untuk mencari lebih banyak kill, selain itu mudah untuk anda ambil kesempatan ke atas musuh.

4. Pemilihan senjata

Dalam update terbaru ini, PUBG ada mengeluarkan beberapa senjata baru seperti Winchester model 1894,R45/Rhino 60DS dan Sawed-Off. Sawed-Off masuk dalam kategori shotgun. Senjata awal yang bagus untuk anda gunakan dalam bangunan.

Admin akan kongsikan lebih dari semasa ke semasa. Stay tuned.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.