Tanda Tarikh Ini!! Live Reveal Game Terbaru EA – Battlefield V

0 760

Salah satu penerbit game terbesar EA akhirnya telah mengumumkan bahawa game Battlefield terbaru iaitu Battlefield V.

EA bukan sahaja mengumumkan tajuk game battlefield terbaru dan slogan ” Battlefied tidak akan pernah sama”, EA juga mengumumkan bahawa mereka membuat reveal Battlefield V secara atas talian yang akan disiarkan pada 24 Mei, 4 pagi waktu Malaysia.

Battlefield V akan diacara oleh pengacara televisyen dan pelawak Trevor Noah. Pada live akan datang nanti, DICE mengatakan dalam blognya bahawa team Battlefield V akan menampilkan permainan perang yang sangat epik tersebut.

Simbol V seakan membawa maksud Victory, dimana ia menjadi geist atau simbol sejarah semasa Perang Dunia Ke-2. Battlefield 1 menampilkan konsep perang dunia 1. Pada kali ini DICE  akan menumpukan Perang Dunia Ke-2 dalam Battlefield V.

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahwa DICE akan menambah mode battle royal dan misi co-op yang unik dalam Battlefield V. Apakah ia betul atau tidak, kita tunggu bila ia dilancarkan nanti pada bulan Oktober tahun ini secara rasmi.

Apa yang anda boleh harapkan daripada live stream ini?

1. Pengalaman corak permainan Battlefield yang baru.

2. Konsep yang baru. Battlefield 1 menawarkan konsep perang dunia 1.

3. Maklumat daripada pembinna game itu sendiri.

4. Modes dan pengalaman yang baru. Penambahan peta?

5. Corak permainan.

dan banyak lagi..

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.