Sony Hadirkan Kembali konsol Playstation 1 Dalam Bentuk Mini

0 1,141

Semalam, Sony baru sahaja mengumumkan hasrat untuk melancarkan kembali konsol Playstation 1 tetapi versi mini.
.

Tindakan Sony ini bukan yang pertama kali dalam arena game kerana sebelum ini Nintendo juga melakukan hal sama iaitu dengan melancarkan kembali NES dan SNES Classic.
.

Tetapi yang menarik PS1 ini akan datang dalam versi mini dan memakai nama baru iaitu PlayStation Classic. Dijangkakan PlayStation Classic akan mula dijual pada 3 Disember 2018.
.

 

PS1 kini telah berusia 20 tahun lebih, pertama kali di Jepun. Bagi korang yang dah dewasa tentu sahaja memiliki nostalgia yang mendalam terhadap konsol ini.
.

Antara game-game yang menjadi favourite kanak-kanak pada ketika ialah Final Fantasy, Crash Bandicoot, Digimon, PES, WWE dan banyak lagi.
.

Menariknya dalam PlayStation Classic juga akan mendukung beberapa game-game popular tersebut. Cuma buat setakat ini Sony akan memasukkan 20 game dalam konsol dan yang diumumkan setakat ini cuma 5 game sahaja. Iaitu Final Fantasy VII, Jumping Flash, Ridge Racer Type 4, Tekken 3, dan Wild Arms.
.

Apa beza PlayStation Classic dengan PlayStation 1? PlayStation Classic mempunyai saiz yang lebih kecil iaitu 45 peratus lebih kecil, dan datang dengan kabel HDMi dan USB. Selain itu game juga dibuilt ini.
.

PlayStation Classic akan mula dijual di pasaran Malaysia pada harga RM429.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.