Memperkenalkan Moshed Gaming! Portal E-Sukan Bahasa Melayu.

0 1,151

Sukan elektronik semakin berkembang pesat di Malaysia. Hal ini terbukti beberapa pasukan sukan elektronik yang mengambil bahagian dalam pertandingan E-Sport di peringkat dunia.

Sebut sahaja pasukan Liquid, Fnatic, Mineski dan lain-lain, pasti ramai penggiat sukan elektronik kenal. Pasukan ini telah berjaya menempah nama di persada dunia.

E-Sukan telah terbukti bukan hanya sebuah trend,  Majlis Olimpik Asia turut mengiktiraf ia sebagai sebuah sukan bercorak elektronik. Pada tahun 2022, E-Sukan akan dipertandingkan buat pertama kali dalam Sukan Asia.

Bagi menyemarakkan lagi industri sukan elektronik Malaysia, Moshed.com kini menghadirkan satu segmen terbaru kepada orang ramai khususnya anak muda dan followers Moshed iaitu ‘ Moshed Gaming ‘.

Pada hari Rabu malam, MOSHED Gaming buat pertama kalinya membuat satu liputan secara langsung dengan menampilkan seorang ‘streamer’ perempuan yang lebih dikenali dengan nama samaran Hana Wispie. Liputan tersebut berjaya meraih 3700 orang penonton. Team Moshed ucapkan ribuan terima kasih kerana selalu sokong dan dukung Moshed.com.

Pada masa akan datang MOSHED Gaming akan menghadirkan lebih banyak aktiviti yang lebih menarik kepada komuniti-komuniti gamers seluruh Malaysia. Antara aktiviti yang akan dihadirkan ialah ‘live streaming‘ bersama professional gamers, ulasan permainan daripada komputer dan konsol, berita-berita yang berlaku dalam industri gaming dan banyak lagi.

Yang paling menarik, item-item yang terdapat dalam game ( virtual items ) juga sudah mencapai satu tahap harga di mana sehingga boleh ditukarkan dengan sebuah kereta Mercedes!! Haa, terkejut kan?

Team Moshed akan mengulas lebih lanjut tentang ini. Stay tuned!

Jangan lupa untuk follow MOSHED GAMING untuk dapatkan lebih banyak lagi info-info menarik. Boleh ke Page FB Rasmi MoshedGaming.com dan Turn On Live Notification. Mana tahu anda juga boleh digelar jutawan gaming satu hari nanti.

Tonton di bawah!

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.