Epic Games Memeriahkan Lagi Acara Piala Dunia 2018 Dengan Tawaran Ciri-Ciri Ini

0 811

Piala Dunia 2018 baru sahaja berlangsung dalam masa seminggu, dan ramai pihak yang mengambil bahagian dalam menyambut acara yang gemilang bermula dari segi sokongan sehingga kepada tajaan. Tidak tertinggal industri game juga yang menyambut acara bola sepak terbesar ini.

Dalam acara Piala Dunia kali, Epic Games turut memeriahkannya dengan melakukan penambahbaikan dalam permainan Fortnite dengan memasukkan beberapa feature terbaru yang berhubungan dengan piala dunia. Antara ciri terbaru yang dimasukkan ialah stadium besar dalam map permainan.

Selain itu, Fortnite juga menghadirkan skin piala dunia untuk karakter lelaki dan perempuan. Maka pemain dapat menyarungkan seragam team bola sepak piala dunia. Setiap skin ini boleh di customize dengan nombor jersey dan logo negara.

Namun skin ini tidak boleh didapatkan secaara percuma. Epic Games telah menawarkan skin bertema Piala Dunia 2018 dengan sejumlah bayaran.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.