Microsoft Bakal Melancarkan Xbox Generasi Baru Pada Tahun 2020

0 1,073

Dalam acara E3 2018 di Amerika Syarikat, Mircrosoft telah mengumumkan kenyataan bahawa mereka sedang dalam proses pembuatan konsol Xbox generasi terbaru. Setakat ini belum ada nama rasmi bagi Xbox generasi berikut, kemungkinan nama yang akan diberikan adalah Xbox 2.

Phil Spencer yang merupakan eksekutif presiden Gaming Microsoft mengatakan bahawa team developernya sedang mengusahakan pembinaan konsol Xbox generasi berikut. Beliau bahkan memastikan bahawa team yang bekerjasama dalam pembangunan Xbox terbaru adalah team yang sama membangunkan Xbox One X.

Menurut desas-desus yang beredar, Xbox dengan nama kode “Scarlett” tersebut akan hadir pada 2020 nanti. Selain itu, jurutera pengkomputer awan juga sedang bekerja membentuk jaringan streaming game agar konsol ini nanti dapat dimainkan dan terhubung dengan jaringan lain.

Tidak ketinggalan juga,syarikat pesaing terdekat Microsoft iaitu Sony juga dikhabarkan bakal memulakan debut PlayStation 5 pada tahun 2019. Maka tidak hairan mengapa Xbox turut mengumumkan penerus Xbox One X.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.