Bilakah Fornite Mobile Android Akan Keluar? Ini Perkembangan Terkini

0 1,220

Sudah tidak dapat dinafikan, game Fortnite kini merupakan antara game yang paling popular pada ketika ini. Setakat ini, permainan ini telah tersedia di semua platform gaming kecuali bagi telefon pintar Android. Sebahagian besar keuntungan game ini adalah datang dari pemain telefon pintar.

Walaupun game Fortnite adalah game percuma, penerbit mengutip keuntungan melalui tawaran jualan item kosmetik dan sebagainya. Berdasarkan analisis laporan yang dikeluarkan Sensor Tower, versi iOS Fortnite sahaja mampu mengutip rata-rata $ 2 juta sehari. Tambahan laporan tersebut, permainan itu telah membawa lebih daripada $150 juta pendapatan dari hanya versi mudah alih sahaja. Tetapi itu semuanya datang dari iOS sahaja belum termasuk Android. Jika ia dilancarkan di Android, ia akan memberi persaingan sengit kepada syarikat pesaing.

Jadi bilakah Fortnite akan mengeluarkan versi Androidnya? Ramai peminat game ini menanti dan kami (Team Moshed) sendiri juga tidak sabar untuk mencubanya di Android. Sebelum ini Epic Game telah menjanjikan akan melancarkan Fortnite Mobile pada musim panas bermaksud antara bulan Jun-September 2018.

Banyak ura-ura yang mengatakan dalam akhir minggu ini atau awal bulan Ogos. Tetapi menurut sumber terpecaya yang beredar pada hari ini, Epic Games bercadang untuk melancarkan Fortnite Mobile secara ekslusif bersama dengan telefon pintar yang bakal dikeluarkan Galaxy Note 9.

Dipendekkan cerita, Samsung Galaxy Note 9 ini akan bertemakan Fornite. Bagi anda yang membuat pra-tempahan Samsung Galaxy Note 9 ini, anda akan menerima V-buck untuk digunakan dalam Fortnite yang bernilai $ 100- $ 150. Selain itu anda juga akan ditawarkan skin percuma dan game tersebut akan terus diinstall dalam peranti anda. Bagi mereka yang tidak berminat game tersebut akan menerima barang gantian seperti AKG headphones yang bernilai $149.95. Walaubagaimanapun, berita ini belum rasmi namun maklumatnya terpercaya.

Untuk pengetahuan anda, Galaxy Note 9 dirancang akan dilancarkan pada 9 Ogos pada satu majlis di Brooklyn, New York. Maka kita dapat jangkakan Fortnite akan dibukakan kepada semua peranti Android pada bulan September atau paling cepat adalah minggu ke 3-4 bulan Ogos.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.