Senarai Game Percuma Playstation Plus Pada Bulan Julai 2018

0 1,093

Menjelang Julai ini, Sony telah mengeluarkan senarai game untuk ahli Playstation Plus. Bagi mereka yang menjadi ahli akan dapat memuat turun secara percuma. Seperti biasa, terdapat enam permainan yang tersebar di PS4, PS3, dan Vita.

Pada bulan ini, terdapat 2 permainan yang dikeluarkan untuk dimuat turun secara percuma untuk platform PS4 iaitu game yang diterbitkan oleh Quantic Dream – Heavy Rain. Game ini pada awalnya diterbitkan di PS3 kemudian dilancarkan pada PS4 2016. Game ini merupkan game psychological thriller yang memiki jalan cerita yang solid.

Game kedua PS4 yang percuma ialah Absolver sebuah game online RPG bergenre pertarungan. Pemain bakal memerankan seorang Prospect, yang telah mengambil sumpah bergabung pasukan petarung elit yang berperan untuk menjaga kestabilan dunia yang dikenal sebagai Absolvers.

Di platform PS3, ahli PS Plus boleh memuat turun game Rayman 3 HD dan permainan strategi Deception IV: The Nightmare Princess. Sekiranya anda menyimpan fail daripada Deception IV: Blood Ties maka anda boleh unlocks beberapa benda di Nightmare Princess.

Senarai Game PS Plus Julai 2018

PS4

Absolver
Heavy Rain

PS3

Deception IV: The Nightmare Princess
Rayman 3 HD

Vita

Space Overlords
Zero Escape: Zero Time Dilemma

 

Bagi PS Plus Asia Julai 2018 ;

Call of Duty: Black Ops III
Omega Quintet
Alone With You
XCOM: Enemy Unknown Plus
River City Super Sports Challenge ~ All Stars Special

Mungkin ramai yang tertarik dengan Call of Duty: Black Ops III namun ia hanya disediakan sehingga 11 Julai 2018 sahaja.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.