Selepas ‘Forsaken’, Seorang Lagi Pemain Professional India CS:GO Kantoi Menipu Dalam Pertandingan!

0 1,637

Rasanya tak sampai beberapa bulan,. kita dengar tentang kes pemain professional Esport CS:GO kantoi menipu dalam acara kejohanan ESL. Dimana Nikhil “forsaken” Kumawat yang merupakan pemain bagi pasukan CSGO OpTic India telah kantoi menggunakan cheat(hack) semasa perlawanan pada pusingan kedua.
.

Setelah terbukti bersalah Nikhil ‘forsaken’ telah diharamkan untuk menyertai mana-mana pertandingan ESL selama 5 tahun. Kini tak sampai 3 bulan, kes yang sama berulang lagi. Masih lagi membabitkan pemain professional CS:GO India.
.

Pemain yang dikenali sebagai nama samaran “Ausragod” (nama sebenar pemain belum lagi diumumkan) merupakan pemain dibawah pasukan Placeholder 2.0. Tindak tanduk mereka sebenarnya memang menjadi perhatian orang ramai, kerana Asuragod dan pasukannya adalah pasukan yang tiba-tiba mucul dan mampu bersaing dengan pasukan-pasukan hebat dalam acara ESL Starter Cup. Tetapi tiada siapa mampu kata apa-apa kerana tiada perkara yang meragukan dalam perlawanan yang telah berlangsung.
.

Namun dalam pertandingan Placeholder 2.0 berentap dengan 2ez Academy, beberapa pihak mula mengesyaki terdapat sesuatu yang tidak kena. Setelah melakukan penyiasatan, pihak yang berwajib mendapati bahawa Asuragod telah menggunakan Wall Hack.
.

Lantaran itu, Asuragod telah dikenakan ban selama 1 dari menyertai mana-mana pertandingan CSGO. Setakat ini belum ada apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan Placeholder 2.0.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.