Monitor Gaming Terbaik dan Murah!!

0 3,770

Tercari-cari Monitor Gaming Terbaik dan Murah? Cadangan yang terbaik dari kami ada di penghujung post!!

Gaming monitor bersaiz besar yang mempunyai resolution dan refresh rate tinggi memang adalah idaman bagi setiap gamer yang mementingkan kepuasan bermain game dan juga antara faktor yang membolehkan mendapat kemenangan. Sebelum kita memilih monitor kita harus tahu dulu, apakah kriteria untuk memilih monitor. So kriteria untuk memilih monitor termasuklah:

  1. Size dan resolution – Size yang lebih besar adalah penting untuk memberikan penampakan detail yang lebih jelas dengan resolution yang tinggi.
  2. Pixel response dan refresh rate – monitor untuk gaming sememangnya memerlukan pixel response yang laju dan refresh rate yang tinggi.
  3. Panel technology – technology yang dihasilkan oleh syarikat pembuat monitor berkenaan yang merangkumi technology keterangan warna, tindakbalas pixel, nisbah contrast dan lain-lain.
  4. Harga – Harga yang murah tetapi berkuality adalah antara yang penting dalam kriteria memilih monitor untuk gaming.

FPS vs Monitor refresh rate

Untuk mendapatkan yang terbaik daripada FPS game dari PC anda, bukan sahaja PC tetapi juga monitor.

FPS (frame per second) – jumlah image dikeluarkan oleh grafik kad per saat.

Hertz (refresh rate) – bilangan masa monitor mampu paparkan per saat.

Frame rate yang tinggi jika tiada sokongan dari monitor yang mempunya refresh rate yang tinggi tidak akan memberikan apa perbezaan dan begitu juga apabila refresh rate tinggi tetapi frame rate yang mampu dihasilkan oleh grafik kad adalah rendah.

Adakah monitor dengan refresh rate tinggi lebih baik?

  1. Lebih mudah membaca corak dan pergerakan.
  2. Masa reaksi yang lebih baik.

 

3 cadangan monitor untuk gaming dari kami.

  1. Acer XF270HA: 27-Inch 240Hz FreeSync Gaming Monitor

Harga sekitar RM1300 adalah harga yang sangat berpatutan untuk high end monitor untuk gaming bersaiz 27”.

Screen Size 27-inch
Resolution 1920×1080 (Full HD)
Panel Type TN
Aspect Ratio 16:9 (Widescreen)
Refresh Rate 240Hz
Response Time 1ms (GtG)
Adaptive Sync FreeSync
Speakers 2x2W
Ports DisplayPort 1.2, HDMI 1.4, DL-DVI
Other Ports 4xUSB 3.0, Headphone Jack
Brightness 400 cd/m2
Contrast Ratio 1000:1 (static)
Colors 16.7 million (6-bit + FRC)
VESA Yes (100x100mm)

 

  1. ASUS MG279Q: 1440p 144Hz Gaming Monitor With FreeSync.

Harga sekitar RM2600.

Screen Size 27″
Resolution 2560 x 1440
Panel Type IPS
Aspect Ratio 16:9
Refresh Rate 144Hz
Response Time 4ms
Adaptive Sync FreeSync
Speakers Yes

 

  1. BenQ Zowie XL2735: 1440p 144Hz eSports Gaming Monitor with DyAc

Harga sekitar RM2300. Teknologi DyAc (Dynamic Accuracy) adalah teknologi Blur Reduction dari BenQ yang menghilangkan kekaburan objek yang bergerak pantas dengan teknologi strobe lampu backight.

Screen Size 27-inch
Resolution 2560×1440 (WQHD)
Panel Type TN
Aspect Ratio 16:9 (Widescreen)
Refresh Rate 144Hz
Response Time 1ms
Blur Reduction Technology DyAc (Dynamic Accuracy)
Ports DisplayPort 1.2a, HDMI 2.0, HDMI 1,4, DL-DVI
Other Ports 2x USB 3.0, Headphone Jack, Microphone Jack
Brightness 250 cd/2
Contrast Ratio 1000:1 (static)
Colors 16.7 million (true 8-bit)
VESA Yes (100x100mm)

 

Kesimpulannya, cadangan kami dari segi keupayaan dan harga yang bersesuaian adalah monitor daripada Acer model XF270HA 27-Inch. Selain dari harganya yang murah ia adalah monitor yang mempunyai refresh rate yang tinggi sehingga 240Hz pada 1080p yang bersaiz 27”. Monitor ini adalah monitor gaming yang sempurna untuk mereka mementingkan butiran gambar yang detail dengan ketepatan perincian yang sangat baik.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.