Kini Gamers Pun Berpeluang Untuk Mendapat Biasiswa Pendidikan

0 1,239

Sebelum sukan elektronik berkembang, kebanyakkan biasiswa hanya diberikan kepada mereka yang cemerlang dalam pelajaran atau mereka yang aktif dalam arena sukan. Kini terdapat universiti yang memberi biasiswa kepada gamers.

Berdsarkan laporan yang dikeluarkan, Universiti Ashland merupakan univeristi yang pertama yang mahu menaja dalam bentuk biasiswa kepada pemain Fortnite yang terbaik bagi pasukan e-sukan mereka. Universiti Ashland, Ohio ini sangat mengalu-alukan permainan battle royal yang tengah popular dalam program esport yang akan dilancarkan pada musim luruh. Universiti Ashland merupakan salah satu daripada 66 kolej/universiti yang menyertai National Association of Collegiate Esports sejak ia ditubuhkan pada tahun 2016.

Selain permainanan League of Legends, Overwatch, Counter-Strike: Global Offensive dan Rocket League, Fortnite juga akan turut serta termasuk dalam program e-sport tersebut.

Menurut, pelatih sukan elektronik universiti tersebut, Josh Buchman mengatakan , ”Kami sangat teruja untuk menyediakan platform ini kepada para gamers agar mereka dapat menampilkan kemahiran mereka dalam acara yang lebih kompetitif. Fortnite antara game yang menyediakan nuasa kepada gamers untuk memperlihatkan kekreatifan, inovatif dan menunjukkan skill mereka.

Bagi program ijazah, biaya yuran yang dikenakan oleh universiti tersebut adalah sekitar $31,284. Jika pemain memenangi pertandingan tersebut, pemain akan diberi $4,000 biasiswa. Setidak-tidaknya dengan penajaan biasiswa ini, pelajar mempunyai alasan lebih untuk sambung belajar di Universit Ashland.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.