5 Sebab JANGAN Mati Dalam Mobile Legends

0 1,470
  1. Level dan Gold Hero

Kalau Hero kita asyik mati je dalam Mobile Legends, salah satu impak yang paling besar dalam game kita adalah Level Hero kita tertinggal jauh dari hero-hero lain dan gold kita akan akan jadi sikit so, susah nak build item power-power 🙁

  1. Susah nak Build Item

Kalau Hero korang asyik mati je, nanti gold korang sikit. Gold merupakan sumber yang sangat penting dalam Mobile Legends sebab gold digunakan untuk membeli macam-macam jenis item supaya dapat membantu hero dari segi damage, mana dan hp. Item tersangatlah penting untuk survive in game. Takde item, Auto-DEFEATED

  1. Menjadi Beban

Kalau asyik mati je, penat lah team member nak cover 4v5. Silap hari bulan team member dah taknak team sekali sebab noob sangat asyik mati. Kena ada rasa tanggungjawab sikit walaupun hanya game. Sebabnya, seperti yang kita tahu, untuk menang dalam game, kena ada kerja sama antara satu sama lain. TIPS: kalau main RANK, gunalah hero yang kita dah biasa guna. SAY NO TO BEBAN

 

  1. Waktu Respawn yang Lama

Korang perlu tahu, masa respawn akan menjadi lebih lama apabila level korang makin tinggi. Oleh itu, korang kena cuba jangan mati bila masuk fasa late game! Hal ini kerana situasi game boleh berubah dengan sekelip mata sahaja. Walaupun mulanya game tadi team korang yang leading, dah push turret, tapi kalau tanker dan fighter mati, pihak lawan akan push

 

  1. Kekalahan

The main reason korang tak boleh kerap mati dalam game ni, atau apa-apa game sekali pun, kerana ianya akan menyumbang kepada satu benda sahaja, KEKALAHAN.

Inilah 5 Sebab JANGAN Mati Dalam Mobile Legends. Sila TAG kawan-kawan korang yang kerap sangat mati dalam ML 🙂

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.