Alpha X Tapau Habis – Dinobatkan Sebagai Juara PVP ESports Championship 2018 (AOV)

0 1,015

Baru-baru ini telah berlangsung acara pertandingan Arena of Valor yang berlangsung di Suntec International Convention and Exhibition Centre, Singapura..
.

Peringkat akhir ini telah mempertemukan pasukan Thailand(Alpha X) dan pasukan Taiwan( Monster Shield). Dalam perlawanan ini, Alpha X telah berjaya menang mudah dengan tapau Monster Shield sebanyak 3-0.
.

Sebenarnya sebelum ke peringkat akhir, Alpha X telah menunjukkan rekod cemerlang, dimana mereka hanya kalah sebanyak 1 kali iaitu semasa melawan MaxBox Gaming pada peringkat awal pertandingan.
.

Kejayaan ini telah membolehkan Alpha X membawa pulang $40,000 USD sebagai hadiah juara. Selain itu, ia menjadi kenangan manis buat salah seorang aggota Alpha X iaitu DREPlay. Selepas ini DREPlay dikhabarkan akan segera menamatkan kerjaya beliau sebagai atlet sukan dan PvP eSports Championship merupakan pertandingan terakhir beliau.
.

Selamat tinggal buat DREPlay dan moga terus maju jaya Alpha X.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.